Saturday, May 30, 2009

Khalid Al Walid Atau Saifullah (Pedang Allah)

Dari seorang penentang Nabi Muhammad dan akhirnya memeluk Islam dan terus mencintai Nabi. Beliau seorang yang berani dan sentiasa mencari syahid di medan perang. Digelar sebagai Pedang Allah. Semua peperangan disertainya tidak pernah kalah. Tetapi hidup dan mati ditangan ALLAH SWT, beliau mati dirumah bukan di medan perang. Saya pernah post pasal novel khalid al walid nie dulu.

Sedikit info khalid ni
Khalid ibni al-Walid (592-642) (bahasa Arab: خالد بن الوليد‎; Khālid ibn al-Walīd) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman bin Affan.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom.


Buleh rujuk wiki pasal khalid Klik Sini


Semasa ronda-ronda dihalaman youtube saya terjumpa satu clip video kisah khalid semasa di perang yamruk.

No comments: