Showing posts with label Outstation. Show all posts
Showing posts with label Outstation. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Kursus Lagi Nilai Spring Golf Resort




Pada 29 nov lepas selama 3 hari aku berkursus di nilai. Kursus berkenaan dgn pepasangan utama tnb iaitu kabel transformer dan alatsuis. Banyak ilmu yg tidak diketahui di site melainkan dgn kajian dilap. Bagi aku kursus ini sesuai utk para exec dan mereka yg suka mengkaji. Tenaga pengajar ada dr ghosh dr india 100% in bi.

Thursday, March 25, 2010

Melawat Kota Ngah Ibrahim aka Muzium Ngah Ibrahim - Matang Taiping

Peta Wiki




Balik dr makan mee udang kami sefamili singgah ke kota ngah ibrahim. Ngah ibrahim adalah jutawan melayu pada abad ke-18, kalau ikut salasilah beliau mewarisi harta peninggalan ayahnya. Kira dia tokey bijih timah melayu ler.... dan oleh kerana beliau byk jasa kt Sultqan perak maka dia diberi jawatan oleh istana (aku pun lupa apa gelaran). Bagi mereka yg pergi mkn mee udg buleh ler singgah kat kota nie. Disamping itu kita buleh berkongsi sejarah dgn anak-2 kita. Detail rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Ngah_Ibrahim dan http://en.wikipedia.org/wiki/Ngah_Ibrahim















Sunday, March 21, 2010

Mee Udang Kuala Sepetang

Selepas check out dari hotel dlm waktu t/hari perut dah keroncong x tahu nk mkn kt mn dan timbul idea dr wife cadangkan makan mee udang kt kuala sepetang. Sebelum ini pernah pergi kat kedai dkt dgn tower pemancar tp rasa x se-gah mn pun cuma udang aje banyak. Dan dgr dr member-2 sebenarnya ada st lagi kedai yg glamour. So dgn kesempatan yg ada kami mula pencarian kedai yg dimaksudkan tu...... dan akhir jumpa juga kedai tu. nama kedai tu mee udang mak jah. Tak perlu risau banyak sign board yg mereka letak tepi jln sebelum sampai.
















mygg2u @ Taiping - Taiping Lake Garden

kalau datang taiping x singgah kat lake garden x sah.... pada hari jumaat aku bersama famili ke lake garden dan kebetulan terjumpa dgn sahabat dr manjung bro zam bersama famili. Kat lake garden nie ada tmn permainan budak-2..... tp yg best gelongsor batu. anak aku dan anak zam suka sgt main gelongsor nie.... licin giler. Dan alang-2 datang sini jangan lupa naik boat utk kita ronda sekitar tasik nie. Dengan bayaran rm4 dewasa dan rm3 utk kanak-2 kita dpt naik rakit utk ronda sekitar tasik nie.

Bro zam bergambar di tugu peringatan lake garden

tugu peringatan lake garden utk mereka yg tidak tahu sejarahnya

wide view

gelongsor batu

best ....


Lepas tu naik boat ronda sekitar tasik ....

pemandang dr atas boat ke pengkalan boat

pulau tasik...

famili aku ...

suasana dlm boat ...

Renungan seorang kanak-kanak yg puas hati bila hajatnya tercapai.

mygg2u @ Taiping - Restoran De' Komae

1st day aku lunch kt taiping adalah di warung klasik de' komae.... menu yg aku pilih mee goreng dan salad melayu aku pun lupa apa nama dia. mee goreng aku buleh bg 2 star aje pasal rasa biasa masih bawah spec yg aku tetapkan. yg peliknya ada daun kucai. biasa daun kucai goreng kuew tiau baru best. tp yg menarik hiasan dalaman warung nie dipenuhi dgn barangan antik.





Bengkel DNAP di TNB Taiping


Minggu nie dekat 6 hari aku berkampung di taiping. atas urusan rasmi aku ke sana bagi menguji dan menyiapkan sistem yg baru dibina iaiut DNAP ini ada kena mengenal dgn bagi mereka yg kerja di unit planning. dengan sistem ini dapat ler kurang sikit masalah nk buat dnmp tu.... salah satu kerja yg cukup aku menyampah...... tp sistem dnap nie banyak lagi bug2 yg keluar masa duk test. sampai hari jumaat masih banyak yg perlu dibaiki lagi..... atas kertas nampak cun tp fail bab coding. foto atas programer sedang tgk server yg selalu bagi erroe semasa test run dijalankan...

Tuesday, December 1, 2009

Penang JB - Foto-foto Kenangan @Muar - mee bandung muar


u


balik dari JB kami lencong ke muar, talipon member yg asal org muar utk guide mn kedai mee bandung yg asli, lps menyusuri bandar muar jumpa st sign board mee bandung muar. so kami singgah dan order. rasanya ok dan sama rasa mcm wife aku buat. harga pun x mahal sgt. lps habis mkn aku pun menuju ke tangkak utk melihat pekan tangkak yg di katakan glamer dgn kain murah, tp malangnya hari dah nk hujan so sempat ambik foto dlm keta aje...

Penang JB - Foto-foto Kenangan @ JB - menu mkn malam kat rumah limas


s


a
Ok yg nie adalah menu yg aku order masa mkn malam, tomyam rasa mcm kuah asam pedas aje.... aku bagi 2 star aje no komen.