Saturday, August 30, 2008

Sekitar Pilihanraya Kecil (PRK) P44, Pematang Pauh, Penang.



Pada 26 Ogos yg lalu satu PRK P44 telah diadakan. Aku dgn videocam telah merakam suasana hari tersebut. Keadaan masa tu amat meriah. Semua penyokong parti politik yg bertanding telah kelaur utk meraih undi dan menyatakan sokongan kpd parti mereka. Aku sebagai org tengah telah merakam keadaan sebenar dilokasi. Nasib baik pergi naik motor kalau sangkut ler aku kt jln. Semua lokasi hangat aku lalui antaranya seberang jaya, pematang pasir, bkt mertajam, kubang semang, penanti (paling hot). ramai pasukan Polis yg menjaga masa tu. Syabas kpd mereka yg menjaga keselamatan n lalulintas. Ok korang saksi ler video utube aku tu. Adios...

Friday, August 29, 2008

Hameed Mee Pata Special Padang Kota, Penang

Selepas solat Jumaat kat Masjid Dato keramat saya n beberapa rakan makan tengahari kt Padang Kota. Menu kali nie Mee Pata kat astaka Padang kota. Gerai nie hanya menjual mee goring n rebus. Yang membuat dia sedap adalah sambal sotong rendam. Disamping itu kami mengorder air kelapa n coconut shake sebagai bahan pembasah tekak. Harga mee ada 2 iaitu satu rm3.50 & satu lagi rm5.00 yang kami order tu harga rm3.50 perghhhhh banyak tu. Kalau nak cari lokasi sila rujuk peta yg disertakan.. OK, Selamat menjamu selera…

 



Wednesday, August 27, 2008

Sunday, August 24, 2008

Ubuntu - Minbar :: Pengingat Waktu Solat


Duduk dihadapan PC kekadang membuat kita ralik n lalai bila tiba time solat, aku kekadang pun sama jugak. Sampai isteri duk bising baru aku perasan waktu solat dah nk luput, oleh itu dengan adanya perisian Waktu Solat mungkin ini dapat membantu mengurus waktu yg berharga ini.
Jika para pengguna windows ada s/ware waktu sholat seperti shollu, maka tidak terkecuali para pengguna Linux iaitu bernama Minbar.

Bagi pengguna Ubuntu seperti saya dapat melakukan install terus ke pc dengan menaip koman nie (Application - Aksesori - terminal) :

sudo apt-get install minbar


Setelah selesai installasi Minbar dapat diaskes melalui Application - Accessories - Minbar Prayer Times . Dan sekarang tinggal melakukan konfigurasinya saja.
Yang perlu dilakukan adalah setting untuk nilai-nilai Latitude, Longitude serta Time Zone-nya. Sila pilih n cari nilai latitude dan nilai logitude kota Anda di islamicfinder . Misalkan saya berada di Pulau Pinang dan dari website islamicfinder saya masukan nilai Latitude: 5.30 Longitude: 100.27 dan Time Zone +8 dari GMT.
Ok setakat ini setting dah selesai dan utk setting file azan saja baik untuk azan biasa mahupun azan subuh. Oh yaaa Minbar hanya support file Ogg untuk File azannya (mp3 dan lain x support)
Jika, belum punya silahkan download azan dan azan subuh

ARtikel ini saya alih ke bahasa melayu malaysia dari laman web negara jiran kita adityaperdana terima kasih saudara adi hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa saudara.Amin

Homemade Air Soya & Mesin Air Soya Empress (Cosway)

Bulan ramadan akan kunjung tiba, dan antara pembasah tekak utama adalah air soya. Sebagai persediaan juadah berbuka aku telah membeli mesin pembuat air soya dengan kak sue (pomen unit aku). Brand mesin adalah EMPRESS dan dijual oleh ahli-ahli cosway. Dengan kak su aku dpt speacial price dan siapa nk murah sila cari rakan-2 yg ahli cosway supaya dpt beli dgn harga istimewa. Mesin ini mcm blander aje rupanya tp motor n mata kat atas dan ada mangkuk penapis utk dimasukan biji-2 kacang soya. air yg dpt dihasilkan adalah 1.5 liter.
Ianya didatangi lengkap dengan set membuat tauhu serta beberapa kapit serbuk sekko (bahan utk keraskan susu soya). Balik dari opis aku singgah kt kedai untuk mebeli kacang soya. kacang tadi perlu direndam semaalaman atau 10jam. Buang kulit soya n masukan dlm bekas penapis serta masukan air sebanyak 1.5liter. Apabila bekalan dimasukan mesin ini akan keluar st muzik dan kita hanya perlu tekan butang tengah aje dan lampu led berwarna merah menyala. langkah pertama mesin ini akan panaskan air dulu dan bila cukup suhu baru ler dia akan mengisar kacang tu, hasilnya air warna jernih sudah bertukar ke putih susu. siap keluar buih lagi. Proses kisar akan ambik bebeapa minit dan bila selesai kisar mesin ini akan panaskan air dan bila selesai muzik akan kedengaran. lampu led akan berwarna hijau. Masa diambil untuk proses ini dalam 15 -18 minit aje. dan jangan lupa bersihkan mesin tu bersih-2. sehingga blog nie ditulis sudah 3 kali saya membuat air soya. dan apa yg penting dgn ada mesin ini mutu n kebersihan air soya dapat kita jamin sendiri.... tu aje dan sempenan bulan ramadan akan datang ayuh kuatkan ibadat dan jgn lupa berbuka dgn air soya homemade.

p/s : sambil tulis nie aku siap minum air soya yg baru siap masak.... adios












Nasi Kerabu Petai Jeruk....

Emmmmmm.... Lama sungguh aku x update blog nie makluma laaa duk sibuk dengan du godek-2 pc di install OS ubuntu (rujuk post yang sebelum ini). Ok menu nasi kerabu petai nie sama aje mcm nasi kerabu lain, cuma kami add petai jeruk perrgghhhhh sedap dimakan n mulut pun sedap jugak bau dia.
Untuk makluman petai jeruk nie dibuat sendiri oleh mother in law aku. Nasi kerabu nie teridir daripada beberapa elemen. Nasi putih/biru (utk nasi saya suka guna beras siam) , tumis (santan yg dimasak dan dicampur beberapa bahan seperti serai, kunyit etc), budu (aku biasa ambik cap ketereh), kerabu (nyior parut yg digoreng dan ditumbuk bersama ikan, serai etc), ulam-ulam (nasi kerabu yg ori mesti ada pucuk daun serai, timun, bunga kantan, kobis) itu aje kalau ada taugeh aku x minta. Serta tak lupa sambal. Sebagi peneyeri menu tak lupa jugak lauk pauk. Oleh kerana daging bakar tiada kami gorengkan ayam garam kunyit n ikan kering. Dan kerepok keping adalah aksesori wajib Perggghhhh aroma yg menyelerakan....

Ok jum tgk gambar yg sempat sy capture utk mebuat anda semua terliur huhuhuhuh









Monday, August 18, 2008

Dari Sistem Operasi Windows ke Ubuntu



Pagi ahad lalu aku tergerak utk menggunakan sistem operasi (OS) sumber terbuka iaitu ubuntu, version aku guna adalah version 7.04 dan sekarang aku sdg upgrade ke version 7.10. Sebelum ni pernah install tp sayang x reti nk guna pasal secara default ubuntu x install codec utk mp3, divx dan lain-2 multimedia file.



Atas nie adalah cekup screen pc yg dilarikan atas ubuntu. Untuk belajar ubuntu pastikan anda ada line internet lebar jalur mcm stremix, baru sedap pasal apa-2 hal kita buleh cr s/ware-2 utk dimasukan dlm os baru nie. Cth utk play mp3,kita kena play dulu baru ubuntu secara automatik akan update codec apa yg perlu. senangkan.

p/s : untuk bercinta dgn ubuntu klik pada logo ubuntu.com.my di atas untuk masuk ke web rasmi ubuntu malaysia, anda boleh d/load ubuntu secaraa free dan segala masalah anda uleh rujuk pada forum.

Jum pakat guna ubuntu. Oh yaaa gambar & spec pc aku adalah seperti berikut :-



Pentium 3 933Mhz
SDRAM 256MB
HDD 10GB
Display card Nvidia fx550
network card intel pro100 100base

Sunday, August 17, 2008

Muzium Negeri Kelantan

Selain pasar wakaf che yeh aku dan isteri turut melawat beberapa muzium di kota bharu. Antaranya muzium negeri kelantan, muzium istana jahar, muzium istana batu & kg kraftangan. Ok yg bawah nie adalah lokasi muzium negeri kelantan.



Bayaran utk dewasa adalah rm1.00 kebetulan semasa kami datang muzium sedang mengadakan pameran lukisan berlatarkan negeri kelantan. Dan ia tujuan utk dijual. Malang juga pada masa yg sama bahagian atas muzium sedang diubah suai so tak dapat aku jenguk apa bahan-2 yg menarik yg ada..... ok bawah nie ada video kat muzium tu.

Friday, August 15, 2008

Pasar Malam Wakaf Che Yeh





Pada 9 - 13 Ogos lepas kami sekeluarga telah pulang ke kg setelah lama x balik. Antara tempat yang saya n isteri pegi adalah pasar mlm wakaf che yeh. Terletak tidak jauh dr rumah, cuma ambik masa 10 minit utk tiba. Pasar malam ni baru aje berpindah ke tapak asal yg telah di bangunkan secara sistematik, kalau tapak sementara dulu keadaan fasiliti tak selesa, banyak khemah-2 yg didirikan sakit mata memandang. Pasar baru nie khemah didirikan pun cantik.
Banyak bahan jualan yg terdapat kat sini. Terutama kain baju. Fuh cukup banyak. Selain itu gerai makanan, peraltan n sayuran serta buahan pun turtu ada..... kepada mereka yg tak pernah datang saya suggest anda datang kat sini. Tapi awas datang time malam kalau siang hari x best pasal x ramai peniaga. Kalau time cuti sekolah fuhhhh tempat nie mesti sesak gila......

Monday, August 4, 2008

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Selepas menyusuri kota lukut kami beralih ke muzium tentera darat terletak di port dickson. Muzium ini dahulunya adalah bangunan pegawai tentera darat dan diubah menjadi muzium tentera.



Apa bila tiba di pintu pagar muzium kita akan dapat lihat kenderaan darat n udara yg digunakan oleh angkatan tentera malaysia seperti kepala keretapi kebal & gerabak, meriam lama, senjata anti kapal terbang, kenderaan armor, helikopter bell, jet serta pesawat caribor.

Jum tgk video & foto kat muzium








Terdapat dua bangunan muzium yg ada, setiap bangunan ada 2 tingkat dipecahkan kepada 4 bahagian setiap aras. Bahagian-bahagian yg dipecahkan mempamirkan sejarah penubuhan angkatan tentera bermula dr zaman melayu melaka sehingga ke zaman modem. Banyak bahan-bahan sejarah yg menunujukan betapa berani parajurit kita berjuang untuk mempertahankan negara. Bermula datnagnya Portugis ke melaka, kemudian belanda, brtish, jepun dan british dan seterusnya negara kita merdeka. Patung replika pahlawan melayu silam seperti tuk janggut, dato maharajalela, dato baham dan lain-2 lagi turut di pamirkan. suasana perjanjian pangkor antara raja abdullah dan pihak british pun ada. Sejarah & fail pribadi Let. Adnan Saidi yg mempertahankan negara dr serangan jepun turut dipamirkan










Diluar bangunan terdapat sebuah kenderaan armor yg pernah di serang oleh pihak komunis semasa konvoi di pengkalan hulu ke baling pada tahun 1976. Pihak komunis telah menggunakan senjata anti kereta kebal dan berjaya merosak kenderaan ini dan menyebabkan ianya terbakar. 3 wira negara telah gugur. Tidak ketinggalan zaman darurat dan keganasan komunis turut di pamirkan. Terdapat laluan bawah tanah yg menunujukan bagaimana pihak komunis bergerak di bawah tanah n cara hidup mereka turut di tonjolkan. Peralatan yg mereka gunakan utk menentang negara kita ini. bagi mereka yg datang ke podt dickson harap kunjungilah muzium ini.

Melawat Muzium & Kota Lukut


Lokasi Kota Lukut

Pada 2 Ogos lepas aku telah melawat Muzium & kota lukut yg terletak di Lukut negeri sembilan. Kebetulan aku ada seminar di PD pada khamis n jumaat so pada sabtunya aku ambil peluang utk melawat kawasan berkenaan. Sebelum ini kisah kota lukut pernah aku baca di buku sejaah semasa dlm tingkatan 2 or 3. So pada 2 ogos 2008 tapak kaki aku sendiri telah menjejaki ke kota lukut. kat sini ada muzium berkenaan lukut. Lukut terkenal dgn kisah bijih timah, kemasukan pelombong cina n campur tangan penjajah omputih. Semua kisah ini telah menjadi sejarah. Banyak bahan-2 n barang peninggalan zaman dahulu dipamirkan. gambar-2 tokoh-2 yg main peranan peting juga dipamirkan. muzium ini ada 2 tingkat. bahagian atas pula berkenaan masyarakat neeri sembilan n peralatan melayu tradisional.
Selepas melawat muzium aku n famili telah naik ke atas bukit utk melihat kota lukut. hanya ada pokok-2 tua dan biawak aje yg lani. tiada bangunan lama yg tinggal. Batu-batu tembok masih lagi untuh menjadi benteng. Tinggi juga woooo... ok jum saksikan video clip aku kat sana.