Monday, August 4, 2008

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Selepas menyusuri kota lukut kami beralih ke muzium tentera darat terletak di port dickson. Muzium ini dahulunya adalah bangunan pegawai tentera darat dan diubah menjadi muzium tentera.



Apa bila tiba di pintu pagar muzium kita akan dapat lihat kenderaan darat n udara yg digunakan oleh angkatan tentera malaysia seperti kepala keretapi kebal & gerabak, meriam lama, senjata anti kapal terbang, kenderaan armor, helikopter bell, jet serta pesawat caribor.

Jum tgk video & foto kat muzium








Terdapat dua bangunan muzium yg ada, setiap bangunan ada 2 tingkat dipecahkan kepada 4 bahagian setiap aras. Bahagian-bahagian yg dipecahkan mempamirkan sejarah penubuhan angkatan tentera bermula dr zaman melayu melaka sehingga ke zaman modem. Banyak bahan-bahan sejarah yg menunujukan betapa berani parajurit kita berjuang untuk mempertahankan negara. Bermula datnagnya Portugis ke melaka, kemudian belanda, brtish, jepun dan british dan seterusnya negara kita merdeka. Patung replika pahlawan melayu silam seperti tuk janggut, dato maharajalela, dato baham dan lain-2 lagi turut di pamirkan. suasana perjanjian pangkor antara raja abdullah dan pihak british pun ada. Sejarah & fail pribadi Let. Adnan Saidi yg mempertahankan negara dr serangan jepun turut dipamirkan










Diluar bangunan terdapat sebuah kenderaan armor yg pernah di serang oleh pihak komunis semasa konvoi di pengkalan hulu ke baling pada tahun 1976. Pihak komunis telah menggunakan senjata anti kereta kebal dan berjaya merosak kenderaan ini dan menyebabkan ianya terbakar. 3 wira negara telah gugur. Tidak ketinggalan zaman darurat dan keganasan komunis turut di pamirkan. Terdapat laluan bawah tanah yg menunujukan bagaimana pihak komunis bergerak di bawah tanah n cara hidup mereka turut di tonjolkan. Peralatan yg mereka gunakan utk menentang negara kita ini. bagi mereka yg datang ke podt dickson harap kunjungilah muzium ini.

No comments: