Tuesday, February 17, 2015

Masjid Ulul Albab - Seberang Jerteh,Jerteh,Terengganu , Malaysia









Masjid kayu yang cantik sekali..... info boleh rujuk dibawah sumber wiki http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Ulul_Albab 

Masjid Ulul Albab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Ulul Albab
Masjid Ulul Albab adalah masjid kayu cengal yang terletak di Seberang Jerteh,Jerteh,Terengganu , Malaysia. Senibina masjid ini menjurus kepada senibina Melayu berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan negeri.[1]
Kos pembinaan masjid ini sebanyak RM12 juta di atas tapak seluas 0.2 hektar bagi menggantikan masjid lama yang uzur dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Baginda menegaskan bahawa segala urusan pentadbiran masjid di Terengganu hendaklah mematuhi Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001, begitu juga dengan pelantikan imam, bilal serta jawatankuasa masjid.
Masjid ini hasil rekaan Wan Musatafa Wan Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan. Wan Mustafa Wan Su seorang pengukir ternama yang merupakan anak jati Besut dan diangkat sebagai Adiguru Ukiran Kayu Malaysia dipertanggungjawabkan memberi sentuhan kepada wajah masjid. Ia lengkap dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan lanskap untuk kawasan rekreasi kepada orang ramai yang berkunjung mengerjakan ibadat di situ. Arkitek, Ar. Ahmad Hilmy Abdullah dari AHA Architect menyifatkan ia permulaan kepada usaha menyuburkan seni bina Melayu Islam. Banyak motif songket Terengganu digunakan dalam senibina masjid ini.

Syarikat Mira Murni Sdn. Bhd., dipertanggungjawabkan bagi membinanya dan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tiang dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen dan bersalut kayu. Masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut Tumpat iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun.
Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.
Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak.
Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.
Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu. Ukiran ayat suci al-Quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu.
Enam kepala tangga masjid dilakarkan dengan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.
Tempayan dan gayung diletak di anak tangga untuk bilasan kaki yang mungkin mengingatkan agar langkahan untuk ke ruang sujud perlu bermula dengan jasad dan jiwa yang bersih.[2]



Foto Bersama Putera-Putera Ku....


Gambar 13Febuari 2014 ..... bersama 4 orang hero. Hensem dan bergaya. masa ini kami sedang bersiap solat berjemaah. Sekarang sudah masuk 17Febuari2015. Genap setahun gambar ini.

Facebook - Tempat curah perasaan suka duka benci frust dan sebagainya

Semenjak menjadi sebahagian komuniti FB ini aku jugak tidak terlepas untuk berkongsi perasaan yg terpedam dlm diri ini. Tapi biasa yg manis aje aku share yg pahit frust aku hanya sekali aje share... lepas tu bila pikir balik ia membawa kesan yg negatif kepada pembaca. Oleh itu elok kita share benda yg posiif aje utk kebaikan semua. Jika ada rakan imgin berahabat di FB sila add saya dengan id YushaziziYusof.
a.