Monday, November 30, 2009

Koleksi Terbaru Batik Sutera Dan Kaftan Sudah Tiba

Makluman kepada peminat blog mygg2u. Kami ada membawa koleksi terbaru batik sutera dan kaftan. Sila rujuk di mygerai2u

Sunday, November 22, 2009

Saturday, November 21, 2009

Projek Mini Fertagasi (Semaian Benih) - Cili, tomato & bendi

Aku sebenarnya dah lama nk buat projek nie. tapi oleh krana masa yg byk aku habis depan pc so semua terpaksa aku slow dulu. Dan Minggu lepas aku dah siap tabur benih cili, tomato, cili padi dan bendi utk aku setup projek fetagasi dpn rumah aku. Aku rasa dah tia masanya aku menjadi seorang petani moden. Tuk nenek aku sampai ke ayah aku semua menjadi petani. So apa salahnya aku pilih jadi petani moden. Sebelum aku pencen baik aku buat rnd dulu pasal tanaman kontan nie. dari situ ada laa info maklumat yg boleh kita kaji. nanti bila tiba masanya akan aku komesialkan. Aku nak internet dan pertanian tidak dpt dpisahkan. kerna internet adalah libary yg luas. so apa-2 masalah buleh dirujuk. Ok meh tgk aku punya tapak semaian. aku dah didik anak-2 aku pra pertanian. moga-2 mereka tahu asal usul keluarga mygg2u adalah dari golongan pertani. Adios.....




Majlis Ihtifal PASTI Bayan Baru & Pulau Jerjak Kali Ke-6

Pada 15 Nov 2009 lepas, Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) telah mengadakan majlis Ihtifal di surau Kafa Bayan Baru. Semua murid-2 dijemput hadir ke majlis ini. Anak aku tidak ketinggalan utk turut serta. Anak aku seramai 2 org iaitu Nuriman Aqil 5 thn dan Firdaus (4 thn) telah aku htr ke PASTI pada bulan januari lepas. PASTI menjadi pilihan aku bukan atas faktor politik tetapi kerana selibus yg diajar adalah menarik, seimbang dan sistematik. Oleh kerana PASTI adalah dibawah naungan sebuah parti politik dan orang yang merasmikan majlis tu mesti dikalanagn pempinan mereka. Kalau tak silap aku brader yg rasmi tu adalah timbalan ketua kawasan bayan baru.







Aku tak mahu cakap pasal sapa yg rasmi. Apa yg ditulis disini majlis tu kalau tidak diserikan dgn pesembahan kanak menang tidak sah. Mcm-2 ragam yg dapat kita lihat sepanjang majlis tu. Ada yg membuat pesembahan mengaji Al Quran, Nasyid, bercerita, membaca hadis-2 nabi, menyayi lagu kanak-2 dan mengira. Di akhir majlis tu di sampaikan hadiah-2 kepada semua murid-2 yg belajar di situ. Dan sebagai kenangan sempat jugak kami sekelurga dan keluarga jiran bergambar sebagai kenangan. Tahun depan aku pasti akan hantar anak aku ke PASTI nie. Kerana banyak perubahan dpt aku lihat.....





Friday, November 20, 2009

From Penang To JB - Dinner @ Rumah Limas (Danga Bay) & Nasi Lemak Berlauk Senibong

Blog aku kalau x ckp psl mkn memang x sah. OK semasa kat Johor aku sempat ambik video kat 2 tempat iaitu rumah limas (danga bay) & restoran nasi lemak berlauk di senibong (pasir gudang). Kat rmh limas tu adalah beberapa buah rumah tradisional johor di buat restoran. yg menarik di rmh limas nie ada pesembahan anglung. makanan...... bg aku biasa aje pasal tomyam yg aku order aku rasa mcm asam pedas aje. hihihihihi Pasal nasi lemak di Senibong pula nasi lemak dia ada letak halba dan aoma dia menarik. wife aku kata ok tu tp bg aku x ok psl sambal dia biasa aje.... nak best kata bos aku (en amali) kat stesen keretapi keluang. huhuhuhu.........

From Penang To JB - Danga Bay

Sampai di JB tiada tempat nak aku tuju. Dan kawan-2 di JB cadang utk bawa famili ke Danga Bay. Katanya ada byk benda yg menarik. Oleh kerana malam baru ada masa free maka mlm baru aku pegi dgn famili. Sampai disana ada mcm-2 permainan (semuanya duit), danga bay nie lebih kurang mcm fun fair aje cuma dia hari-2 ada. x prlu tiket utk masuk. kalau nk naik baru kn byr tiket. Dan oleh kerana bawa baby fateh maka x byk tempat yg kami singgah kat danga bay nie..... Ok nie ada sebahagian utube yg sempat aku rakam.

Thursday, November 19, 2009

From Penang To Johor Bahru - Singgah Ke Rumah Jek (Kota Tinggi)

Semasa dalam perjalanan ke JB aku sempat singgah ke rumah Jek. Member yg aku kenal lama dah. Tapi tak pernah kenal rupa paras atau becakap empat mata. Selalu bercakap melalui email atau telefon aje. Dan kesempatan ini aku singgah ke rumah dia. Rumah dia yg terletak di kauters Orchard Golft Resort. Dan sempat juga aku menguji sistem NLE dan camera video baru dia panasonic HMC-152. Lama jugak aku lepak rumah dia utk bercerita kisah-2 pasal video dan mengambil tips-2 yang berguna. Apaapa pun Jek kena turun Penang jugak sebagai membalas kunjungan aku.





Sunday, November 8, 2009

Ke Johor Baharu 9-15hb Nov 2009

Ok aku nk bertolak ke JB hari nie pasal ada bengkel tanah di pejabat tnb jb. Semoga selamat pergi dan balik semula. Kali nie aku bawak wife dan ank-2 sekali utk mkn angin. maklum laaaa kompeni sponsor. ok kami pegi dulu .....

Koleksi Buku Terbaru Aku - Indahnya Hidup Bersyariat



Buku nie dijual oleh senior engineer protection, abg jack. Dia jual rm50 aje... tp harga tulis rm55 so dpt save rm5. sesiapa or setiap famili harus miliki buku nie...

Mee Celup & Ikan Stim @ Kota Bharu

Bulan lepas atas urusan pejabat aku ke Kota Bharu utk hadiri bengkel tanah di pejabat tnb kb. Aku balik sorang diri aje kerna anak tgh final exam. Sepanjang duk di kb aku lepak kt rumah mak aku. Dan apa yg nk dikongsi adalah menu makanan yg aku hadapi semasa di kg. Anatarnya nasi tumpang - nasi yg dibungkus dlm btk kon dgn daun pisang. ada mcm-2 lauk y disedikan seperti ayam, ikan, daging dan udang. Utk bezakan setiap bungkusan lauk kita perlu tgk ekor pada bucu kon tu.. kalau panjang lauk dia adalah udang or ikan kalau x silap aku.






Ok pada t/hari pula aku bawa member zul dan lan (tnb johor) ke pasar siti khadijah utk makan nasi kukus. mereka layan nasi kukus aym goreng dan kuah gulai rempah kelantan (awah darat).





Dan esok hari pula aku pegi gunting rambut bersama ank sedara Kie. Dan balik dr kedai tu aku singgah mkn mee celup di baruh tunjung. Korang tgk ler betapa bestnya mee celup nie sampai kie pun layan....




Mlaam tu pula aku bawak mak dan kie ke restoran mirama di lundang. Menu mlm tu ikan siakap stim dan kailan ikan masin serta ada sikit menu tambahan.








Piala Malaysia 2009 Final, N9 (3) Vs Kelantan (1).

Tahniah buat N9 atas kejayaan team bola N9 menjuarai piala malaysia bg tahin 2009, aksi yg menarik