VC yg bagus utk ditgk bagi kaum adam ....
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Wednesday, November 24, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Remote Control (PACKARD BELL XPC-RC01) Untuk XBMC @ Ubuntu
emote control (PACKARD BELL XPC-RC01) utk XBMC dah sampai..... dah buleh guna kat xbmc cuma lain-2 button masih dlm siasatan. link : -http://forum.lowyat.net/topic/896317 & info linux :-http://mathema.tician.de/taxonomy/term/1 6 dan guide :http://www.techexcess.net/downloads/ir_r emote_and_receiver_reference.htm
Sunday, November 22, 2009
Perokok lebih hina daripada lembu - oleh Nik Aziz
Sapa-sapa yang masih lagi hisap rokok patut berenti aje... dengar apa tok guru cakap...
Saturday, November 21, 2009
Projek Mini Fertagasi (Semaian Benih) - Cili, tomato & bendi
Aku sebenarnya dah lama nk buat projek nie. tapi oleh krana masa yg byk aku habis depan pc so semua terpaksa aku slow dulu. Dan Minggu lepas aku dah siap tabur benih cili, tomato, cili padi dan bendi utk aku setup projek fetagasi dpn rumah aku. Aku rasa dah tia masanya aku menjadi seorang petani moden. Tuk nenek aku sampai ke ayah aku semua menjadi petani. So apa salahnya aku pilih jadi petani moden. Sebelum aku pencen baik aku buat rnd dulu pasal tanaman kontan nie. dari situ ada laa info maklumat yg boleh kita kaji. nanti bila tiba masanya akan aku komesialkan. Aku nak internet dan pertanian tidak dpt dpisahkan. kerna internet adalah libary yg luas. so apa-2 masalah buleh dirujuk. Ok meh tgk aku punya tapak semaian. aku dah didik anak-2 aku pra pertanian. moga-2 mereka tahu asal usul keluarga mygg2u adalah dari golongan pertani. Adios.....



Sunday, November 8, 2009
Koleksi Buku Terbaru Aku - Indahnya Hidup Bersyariat


Buku nie dijual oleh senior engineer protection, abg jack. Dia jual rm50 aje... tp harga tulis rm55 so dpt save rm5. sesiapa or setiap famili harus miliki buku nie...
Saturday, September 26, 2009
Budu - Makanan Tradisi Orea Kelate ...
Budu adalah makan tradisi orang melayu di sebelah pantai timur terutama kelantan dan terengganu. Sebagai org kelantan setiap rumah mesti ada sebotol dua budu sbgi pembuka selera.... selain dibuat sbgi pencicah ulam-ulaman budu jugak dijadikan bahan utama nasi kerabu dan lain-lain lagi seperti nasi goreng budu dan penyedap sup (yg nie aku x pernah try lagi). Bagi mereka yg x mkn budu anda patut cuba dgn makan bersama nasi panas-panas. Budu yg dihidangkan jangan dibuat kosong kena ada bahan-2 tambahan (add-on) seperti bawang merah, lada burung (lada cogek), limau nipis 9bukan limau kasturi) ini adalah bahan-2 tambahan asas. utk bagi kick lagi buleh letak durian seulas (tempoyak), ikan kembung bakar tawar, pelam/pauh muda dan halia muda. pasti anda kan jatuh cinta dgn budu. ulam pula x kisah samada petai mentah/rebus/bakar/jeruk, pucuk-pucuk kayu, jantung pisang, dll.



Dalam pasaran bayak jenis-2 budu dan brand/cap. ada yg tiada brand dkatakan budu asli (biasa depa peram dlm tempayan - yg nie aku x suka sgt pasal masin sgt). dan budu yg biasa dijumpai adalah budu cap ketereh (buah ganjus). Budu cap nie adalah kesukaan aku dr dulu sampai lanie..... dan masa cuti hari raya aku telah beli stok budu yg banyak bg elak putusnya bekalan. dan budu cap nie telah mengalami pelbagai evolusi pembukusan botolnya dari botol besar sampai botol yg kecil (terbaru). mungkin ikan bilis dah kurang so kilang budu terpaksa kecilkan kuanti budu nie. kalau cap lain aku tgk masih guna botol besar lagi. sapa x kenal botol budu buleh rujuk gambar diatas.
Sebagai penutup pasal budu aku sertakan skali dikir barat budu oleh mat glamour dan jali (versi dikir barat moden)
Dalam pasaran bayak jenis-2 budu dan brand/cap. ada yg tiada brand dkatakan budu asli (biasa depa peram dlm tempayan - yg nie aku x suka sgt pasal masin sgt). dan budu yg biasa dijumpai adalah budu cap ketereh (buah ganjus). Budu cap nie adalah kesukaan aku dr dulu sampai lanie..... dan masa cuti hari raya aku telah beli stok budu yg banyak bg elak putusnya bekalan. dan budu cap nie telah mengalami pelbagai evolusi pembukusan botolnya dari botol besar sampai botol yg kecil (terbaru). mungkin ikan bilis dah kurang so kilang budu terpaksa kecilkan kuanti budu nie. kalau cap lain aku tgk masih guna botol besar lagi. sapa x kenal botol budu buleh rujuk gambar diatas.
Sebagai penutup pasal budu aku sertakan skali dikir barat budu oleh mat glamour dan jali (versi dikir barat moden)
Lirik Dikir Budu – Mat Glamour & Abe Jali
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
Sebut kato budu…soho rato rato
kalu makey tok lalu…budu buko selero..oooo
duduk anok menatu, sapa ke tok tuo
makey nasik denge budu…nyo kenye tok braso
nyo kenye tok braso
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
sedaknyo wei budu, demo buleh raso
celo pucuk kayu, capo kacey boto…oooo
slero naik slalu, air liur tu gak belenjo
tageh nasik budu, nok tido tok nero
nok tido tok nero
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
ado ore make budu, capur poyok derie
kalu demo tok tahu, cubo tera lah makey…oooo
tapi ingak pokteh pakcu,budu derie panah daley
jange hirup denge sudu, keno petak jarey jarey
petak jarey jarey
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
budu uley peta, tamboh pucuk kayu
baka ikey tawa, anok sepak anok puyu..oo
perut raso lapa, tringak ko budu
hungga keta gega, nok makey selalu
nok makey selalu
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
makey nasi uley, adonyo budu
uley pucuk terey, celur pucuk paku..oo
kalu makey sore, tok brapo lalu
keno ajok orey bujey, kenye denga tok tahu
kenye denga tok tahu
muluk raso lecah, makey tok lalu
Gula kunyik kuah, semakuk budu
penyek lado pedah celo pucuk ubi kayu
peroh asey lima suak laju slalu
budu….budu…..jelironyo aku
Friday, September 25, 2009
Ubuntu Tips - Disable Recent Documents
Bagi sesiapa yg nak nyah aktif recent documents buleh rujuk kat sini
Friday, September 11, 2009
Part 2 : Rumah Jiran Terbakar Petang 9 September 2009 - Angle Blok 7
Rakaman ini diambil seorang penghuni blok 7 menggunakan camera hp. saksikan lah bagaimana bergitu cepat api merebak dan kesan-kesan yg berlaku. Jadikan video clip nie sebagai pengajaran kpd anak-2 kita.
Saturday, August 15, 2009
Set Up PC to Stand Alone Router Dgn PfSense - Next Projek

Yaaaaa itu planing aku lps nie.... menggunakan pc p3 933Mhz, ram sdram 256MB, on board GC, LAN dan lan pci card. Dan apa yg aku perlukan adalah Compact Flash Card dgn converter CF to IDE (40pin) .... barang nie baru aje aku order dr ebay dlm rm15 aje free shipping lagi hhihihih, CF 1GB x silap aku rm20. Tunggu update aku seterusnya.....
Cth PC yg dijadikan router dgn menggunkan pfsense
Thursday, August 13, 2009
PFSENSE - Masih Belum Berjaya
Balik dr klang terus aku selonggar bilik komputer aku, pfsense telah berjaya aku install dan mula duk main-2 setting dan telah enable hotspot tp syg x menjadi.... bangun pagi mandi n solat subuh.... htr ank sekolah pegi pasar kedian sambung projek pfsense tp hasil masih sama.... byk web n forum aku baca tp masih belum jumpa lagi jln perselesaiannya.......... tepat 6.30pm aku shutdown pc pfsense n sim,pan balik utk next hari yg sesuai.....
Guide pfsense http://www.cshadowrun.com/turn-your-old-pc-into-a-kickass-router-with-pfsense
Setting wizard
setting firewall
Friday, August 7, 2009
pfSense hard disk installation
Aku sekarang dlm proses belajar nak install PF Sense, apa tujuan RAHSIA...... hihihihihih
Omputih
Siam Version
Omputih
Siam Version
Thursday, July 30, 2009
EnGenius AP Outdoor EOC-2610 (600mW)
Selepas 8dBi antena aku beralih ke peralatan yg lebih serius iaitu eoc-2610, order smlm sampai t/hari tadi. Ptg tadi aku ringan-2 pasang kat tingkap rmh n test prestasi ap nie wooooo...... kat bawah aku dpt 4/5 bar isyarat wifi sungguh mengkagumkan.... habis blok 7 aku tawaf dan signal x byk yg putus berdasarkan aku ping ke router....
ap nie guna poe (power of ethernet) dgn kata lain kita ap nie tiada dc port just cucuk rj45 dah blh ada supply. tp sebelum kepala rj45 sampai kt port dia kita perlu masukkan rj45 dahulu dgn adaptor dia, mcm dia tambah lagi voltan kut kabel cat-5 tu..... esk hari akhir kerja mungkin lusa aku dpt test sepenuhnya produk terbaru nie....
Data sheet KLIK SINI
Info KLIK SINI
ap nie guna poe (power of ethernet) dgn kata lain kita ap nie tiada dc port just cucuk rj45 dah blh ada supply. tp sebelum kepala rj45 sampai kt port dia kita perlu masukkan rj45 dahulu dgn adaptor dia, mcm dia tambah lagi voltan kut kabel cat-5 tu..... esk hari akhir kerja mungkin lusa aku dpt test sepenuhnya produk terbaru nie....
Data sheet KLIK SINI
Info KLIK SINI
EOC-2610 is a Long Range outdoor wireless Access Point / Client Bridge that operates seamlessly in the 2.4GHz frequency spectrum and provides high bandwidth up to 108Mbps with SuperG. EOC-2610 features high transmit output power and high receive sensitivity. High output power and high sensitivity can extend range and coverage to reduce the roaming between Access Points and to deliver a more stable wireless connection. It also reduces deployment expenses on the equipments.
Thursday, July 9, 2009
Saturday, June 13, 2009
Awas !!!! Utamakan Keselamatan Semasa Menjalankan Kerja (Bahaya Elektrik - Kes Kematian)
Video utube berkenaan bahaya elektrik jika tidak berhati-2
Monday, June 1, 2009
Bacaan Ayat Suci Al Quran Oleh Johan Tilawah Al Quran TNB Zone Utara
Johan tilawah dimenangi oleh Mohd Fahmi Asraf B Hj. Razali wakil TNB Perak. Beliau diberi perhormatan utk mebaca ayat suci Al Quran sebagai penutup majlis berkenaan.
Sunday, May 31, 2009
Video Pesembahan Nasyid Semasa Majlis Tilawah Al Quran
Persembahan kumpulan nasyid nurul nisbah dari pelitawanis tnb cawangan p.pinang semasa pembukaan majlis tilawah & hafazan al quran tnb peringkat zon utara 2009M/1430H. Kumpulan ini terdiri daripada isteri pekerja tnb dan staf tnb sendiri. Mereka adalah juara nasyid tnb peringkat kebangsaan.
Saturday, May 30, 2009
Khalid Al Walid Atau Saifullah (Pedang Allah)
Dari seorang penentang Nabi Muhammad dan akhirnya memeluk Islam dan terus mencintai Nabi. Beliau seorang yang berani dan sentiasa mencari syahid di medan perang. Digelar sebagai Pedang Allah. Semua peperangan disertainya tidak pernah kalah. Tetapi hidup dan mati ditangan ALLAH SWT, beliau mati dirumah bukan di medan perang. Saya pernah post pasal novel khalid al walid nie dulu.
Sedikit info khalid ni
Buleh rujuk wiki pasal khalid Klik Sini
Semasa ronda-ronda dihalaman youtube saya terjumpa satu clip video kisah khalid semasa di perang yamruk.
Sedikit info khalid ni
Khalid ibni al-Walid (592-642) (bahasa Arab: خالد بن الوليد; Khālid ibn al-Walīd) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman bin Affan.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.
Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom.
Buleh rujuk wiki pasal khalid Klik Sini
Semasa ronda-ronda dihalaman youtube saya terjumpa satu clip video kisah khalid semasa di perang yamruk.
Friday, May 29, 2009
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Salah seorang tokoh yang saya minat iaitu Muhammad Al-Fatih. Beliau berjaya membuka Kota Konstantinapole. Buleh rujuk kat Wiki utk dapat info. Dan ini adalah kisah yg saya ambik dr Harakahdaily.net utk tatapan bersama Sumber Disini
Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Husam Musa
Wed | May 27, 09 | 2:57:19 pm MYT
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr
Monday, February 9, 2009
Jum Guna Tulisana Jawi...
Aku ada jumpa satu website yg boleh kita convert dari tulisan rumi ke tulisan jawi. Memandangkan ramai yg buta nk tulis jawi mcm aku nah... aku dah ada penyelesaianya. Sila klik http://www.ejawi.net/converter.php
Subscribe to:
Posts (Atom)