Tuesday, December 30, 2008

Santai @ Batu Feringgi




Sehari sebelum ke Sg Sedim kita orang telah lepak kat Batu Feringgi pasal tak tahu nak bawak kemana sedara yg datnag ke Penang. Nak bawak pegi shopping compleks mcm x berapa best. So lepak ler kat pantai sambil membawa bekal nasi goreng. Anak-2 dilepaskan bermain di pantai dan Mr. jack menjadi pengawas mereka. Dekat sehari suntuk jugak mereka duduk kat sini....Aku tak dapat pergi bersama kerana berkerja. So foto-2 nie adalah ehsan dari kamera digital Mr. Jack. Ok harap mereka yg mai kat penang nie enjoy....



Sunday, December 28, 2008

Berkelah Di Sg. Sedim Bersama Jack & Famili

Pada 25 Disember sampai 29 Dis 2008, 2 famili ipar duai telah datang bercuti ke penang. Sorang dr klang, selangor (Jack & cik anie) dan sorang lagi dr tanah merah, kelantan (Mie & Kak Mun). setelah dekat 3 hari duk kat penang keluarga kak mun nak balik awal kerana nak urus hal-2 sekolah anak-2 mereka. Pada 27 dis kami telah membuat rancangan utk berkelah di sg sedim sambil menghantar keluarga kak mun sehingga simpang kulim hightech. Utk rekod ini adalah kali kedua aku prgi ke sg sedim sila rujuk posting terdahulu

Kali ini kami datang lewat sikit dan port yg strategik semua org lain dah sapu maka duk ler yg kurang strategik tp utk mandi budak-2 kecik ok. setelah semua barang-2 diturunkan sebuah khemah didirikan bg menandakan yg port tu telah dibook.





mcm biasa aku menjadi tukang penghidup api bagi menyalakan arang utk acara bbq. anak-2 kecil apa lg semua pakat tukar baju n mr. jack menjadi pengawas anak-2 kecil yg mandi. kaum ibu mcm biasa menggunakan kuasa mulut utk membuatkan kerja. Sambil update cerite-2 sensasi huhuhuhuh. Selain berenang aku brsama Mr. Jack telah menyewa 2 biji tiub tayar lori. Dan kami jadikan pelampung tu sebagai katak dan kami bermudik dr hulu sungai ke hilir.... fuuhhh best siot penuh cabaran. Sapa-2 yg pernah berkayak mesti tahu mcm mn rasanya. Arus sg sedim yg banyak jeram-2 kecil membuatkan kami kekadang terbabas. Mr. Jack pulak terhantuk batu sungai sampai benjoi.....







alhamdulillah sepanjang perkelahan ini tak ada perkara yg tak diingini terjadi.namun ada jugak satu famili yg berhampiran dgn kami anak diorang hampir lemas mungkin terlalu teruja nak mandi dan tak biasa dgn tempat tu,namun sempat di selamatkan.oleh itu aku nak ingatkan sapa2 yg bawa anak2 mandi dkt air terjun ke ,pantai ke jangan duk leka sangat dan sentiasa perhatikan anak2 anda maklumla budak2 bukannya tahu jaga diri yg diorang tahu happy je.ok nanti bila ada masa aku datang lg tp kali ni nak bermalam di sini pulak. video dibawah nie adalah aksi aku bersama jack bermain pelampung kat jeram sg sedim. huhuhuhuuhu enjoy....



Bagi mereka yg nk tahu lokasi tempat nie aku sertakan GPS location kawasan nie : N = 05 Deg. 24.359 minit E = 100 Deg 46.412 minit

Chieken Chop Sempoi Kat Bayan Baru

Restoran Aroma Pinang hebat diperkatakan oleh kaum ibu dancik dahlia kat opis aku.



Kata mereka restoran nie menyediakan chieken chop yg sedap dan boleh dikatakan saiz besar. Oleh kerana tidak tahan mendengar propaganda mereka ini petang jumaat 26 Dis 2008 baru nie selepas balik kerja aku singgah ke mari. Aku pergi bersama seorang rakan. Setelah tiba aku dapati kedainya biasa sahaja lenggan tiada orang mungkin dia terlindung dari kedai-2 mamak dan kalau lalu mungkn tidak perasan tentang kewujudan restoran nie. Terletak sebelah dgn kedai AVON atau selang 2 kedai lot Bank EON kita dah dapat jumpa lokasi kedai nie.




Berbalik kepada cerite CC disini terdapat 3 jenis kuah CC iaitu BBQ, Black Paper n seafood. aku suggets ambik black paper. Selain tu fish n chip pun sedap jugak (yg nie cik dahlia suggest. Setelah menunggu dgn penuh harpan akhirnya sampai juga menu yg dipesan.... apa lagi sampai licin aku belasah ayam tu huhuhuhhu...




Pasal harga aku rasa kira berpatutan ler. 2 hidangan CC dan air kosong serta juice belimbing dalam rm16 aje.... Nanti aku nk bawak wife n anak-2 makan kat sini.... kepada mereka yg ada famili n terasa nk mkn cc aku rasa kat sini aku rekemen.

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1430

Tahun hijrah 1429 telah pun meninggalkan kita dan tahun 1430 hijrah telah tiba, semoga dgn tahun baru ini kita dapat menghijrahkan diri kita dengan lebih baik lagi...... Dengan ini saya mengucapkan selamat tahun baru kepada pelawat ke blog saya.....

Wednesday, December 24, 2008

Akhirnya Kami Beli Juga Penapis Air




Setelah sekian lama membuat kajian dan mencari info berkenaan penapis air ini, akhirnya kami membeli set penapis air. Beli brand Crytal yg mempunyai 6 penapis. Harga RM700, tak tahu ler harga nie ok ke tak. Sebelum beli aku duk servey-2 jugak apa beza antara penapis yg harga ribu-2 compare yg murah banyak laman web/forum telah aku masuk utk tahu apa kelebihan produk penapis air. Yer ler penapis air kebanyak aku tgk yg menjual penapis air nie dimajoriti oleh syarikat MLM. so kalau mlm mesti hrga dia mahal-2 nk cover ahli-2 lagi. Konsep penapis aku tgk sama aje. Kalau kita buka katalog penjual air mcm-2 ayat-2 power dikeluarkan. dan si pengguna pulak kata eeeemmmm manisnya air nie dan mcm-2 lagi. Yer laaa dah beli ribu-2 terpaksa ler ngaku apa yg rasa..... utk sedapkan hati.

Penapis yg aku beli nie mempunyai 6 filter yg mn setiap st ada tugasnya aku pun tak tahu samada betul ke ata kn kencing kat apek tu. Berikut aku sertakan link-2 utk dijadikan guide pada korang jika ada plan nk beli penapis air nie :-

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=19160&highlight=waterfilter
http://mengapabayarlebih.com/
http://berpesan.blogspot.com/2008/12/penapis-air.html
forum bincang
http://www.rxwater.biz/index.php


Tuesday, December 23, 2008

Novel Sejarah Islam - Khalid Memburu Syahid


Sejak aku mula belajar tingkatan 1 lagi kisah-2 sejarah peperang Islam paling aku minati. Dan bila umur dah meningkat aku dah lupa minat nie. Buleh dikira berapa banyak buku-2 sejarah yg aku pernah beli. Dan pada hari sabtu lepas aku telah singgah kat kedai buku popular dan terjumpa satu buku yg menarik perhatianku. Novel sejarah islam "Khalid Memburu Syahid" Oleh Abdul Latip Talib. Kisah benar ini berkisar tentang seorang panglima agung islam iaitu khalid al walid atau dikenali sebagai saifullah (pedang ALLAH). Bermula dari awal penentang beliau terhadapa Islam dan Rasullah sehinggah pengislaman beliau.

Seorang yg berani dan tegas serta mahir beperang. Pada zaman Khalifah Abu Bakar beliau telah dilantik menjadi panglima utk menyebarkan islam kepada kerajaan parsi dan rom. Dan akhirnya dua kuasa besar ketika itu telah tumbang..... Kalau nak tahu cita-2 Khalid adalah nak mati syahid tapi sayang dia mati di atas katil jugak.... tu maknanya ajal maut di tangan tuhan. kalau nk tahu detail lg boleh ler beli satu tak rugi harga buku ini RM32.90. Moga-moga aku dikurniakan anak-2 yg menjadi pembela & peyebar agama Islam. Amin......

Dinner Bersama Pizza & Kek Coklat



Oleh kerana firdaus deman, maka wife telah buat pizza dan kek coklat. So Mlm nie aku mkn ler pizza. Sebenarnya dah lama x buat pizza sejak raya puasa lepas. So mlm tadi dpt ler merasa pizza yg buat sendiri mcm-2 bahan-22 kami tabur atas roti pizza tu. Bak kata org ikut suka aku.... dan kek coklat pulak utk adik yg deman.... kesian pulak aku tgk adik dia x lalu mkn pun. pizza pun dia x nk makan. Tak apa laa dik kalu adik x nak makan papa ada...biar papa yg pulun huhuhuhuhu

Fidaus Deman....


Hari ini bila aku balik rumah suasana sunyi aje, pelik jugak aku biasanya bila balik suara Firdaus yg kuat sekali kedengaran menyambut aku pulang. Bila masuk ke dlm baru aku tahu adik (panggil manja firdaus) deman.... dia duk berbaring depan tv sambil kain basah duk atas kepala nk reduce suhu badan. Menurut mama, selera adik x macam selalu. dia tidak lalu makan. Wife bagi tahu ada sesuatu kat gusi adik nie, takpa sekejap lagi aku nk bawak adik p klinik nk check apa yg patut.

Monday, December 22, 2008

Gadjet Terbaru - NOKIA E71



Sejak tahun 2004 aku tidak pernag upgrade personal gadjet aku iaitu handpone. Pada tahun tu aku telah beli hp SE T630 dgn harga dkt rm1300. Anatar tahun 2004 hingga disember 2008 aku masih setia dgn SE tu, bermacam kutukan n sindiran yg aku terima pasal pakai hp kiranya buleh dianggap antik. Ramai rakan-2 aku cuba meracun utk aku bertukar ke hp yg lebih canggih. tp bg aku selagi hp nie masih ok utk bercakap n sms aku tetap akan guna. dan pada dekat tahun ogos 2008, baru ler hp se aku mula bermasalah. prestasinya mula perlahan, nk taip sms pun slow n suara kekadang x didengari oleh pihak dihujung talian. Dan pada masa tu aku mula mencari hp yg ku rasa amat berbaloi utk aku beli. Akhirnya aku terpikat dgn nokia e71. setelah aku baca review n try merasai hp nie dr kawan-2 yg telah pakai dpt aku rasa hp nie sesuai dgn diri ku n kerja. So pada 19 Dec baru nie aku telah membeli nokia e71. Kelebihan hp nie pasal ada gps, wifi dan buleh install mcm-2. seperti mini opera utk browse intenet, garmin utk gps, ebuddy, gmail, mini you tube, goggle maps skypee n mcm-2 lagi. Dlm kotak disertakan kabel usb, charger, microSD 2GB, casing kulit, earphone serta set e71. Kopak duit aku rm1360.00 setelah 4 hari dalam tangan aku dekat 10 perisian telah aku sumbat dlm hp nie. memori kad yg 2GB dah dkt nk habis. Dibawah ni aku sertakan link berkenaan e71 utk tatapan semua sebagai rujukan kpd mereka nk tahu apa lebihnya hp nie

http://nokiae71.wordpress.com/
http://nokia-e71.net/




Friday, December 19, 2008

Ibadah Korban 10 Zulhijjah 1429H



Bertempat di Kg. Binjal Mulong Kota Bharu Kelantan. Setiap kali raya haji rmh aku dijadikan port utk menunaikan ibadah korban. Tahun ini sebanyak 4 ekor lembu dikorban. Bapa aku menjadi proksi dan tukang sembelih. Dalam video ini menunjukan bagaiman cara ibadah korban itu dilaksankan. Bermula dgn menjual beli lembu tersebut. Bergotong royong menumbangkan lembu dan seterusnys korbankan. Selesai aje kami semua akan turtu berkerjasama utk melapah kulit lembu dan bahagi-2kan daging lembu kepada 7 bahagian. Setelah habis kerja tersebut jamuan makan nasi diadakan. Indahnya suasana ini......

Tuesday, December 16, 2008

Kenduri Rumah Faizul Di Sg. Petani Kedah







Pada hari ahad 14 dis 2008 aku telah pergi ke Sg. Petani utk memenuhi jemputan kenduri kesyukuran oleh Faizul. Sejak aku berhijarah ke Penang nie kali pertama aku sampai ke rumah dia. Rumah nie dia beli semasa duk kat kelantan lagi. Apa-2 pun terima kasih buat beliau kerana menjemput kami datang ke majlis beliau. Makanan yg sedap serta kuah rojak yg sedap. Selain aku sekeluarga anak sedara yg datang bercuti turut bersama hadir. Foto-2 yg dipamirkan nie diambil oleh anak aku yg no 2 Firdaus. Dari kecik dah ada minat kat gadjet-2 mcm aku kecik-2 dulu. Apa-2 pun kami enjoy....

Sepupu Sepapat Anak Aku (Sebelah Isteri)




OK ini adalah gaya-2 superhero sepupu-2 anak aku. Kalau ditengokan semua masih bawah 8 tahun. Masing-2 dgn gaya tersendiri, aku pun masa kecik dulu mcm nie jugak. Ini baru sikit kalau kumpul semua aku rasa mesti kecoh lagi..... dalam keluarga sebelah isteri yg sedang membesar ini mcm-2 telatah dapat kita lihat. Dari umur lepasan bayi hinggalah ke jiwa remanja yg baru kenal teknologi handpone sms tidak henti-2 dan macam-2 lagi.....

Kerbau Besi Abah...



Sejak habis cuti raya puasa yg lepas dekat 2 bulan aku x balik kg, dan pada raya haji nie aku telah balik ke kampung. Dan semasa kat rmh aku ronda-2 sekeliling rumah dan terpadang satu objek dibawah pokok jambu batu. Diselimuti oleh kanvas aku bukak rupa-2nya kerbau beri. Kemenetrian Pertanian melalui Kada telah memilih abah aku sebagai salah seorang peserta yg diberi bantuan utk membeli kerbau besi dgn harga diskaun 50%. Menurut abah Menteri pertanian sendiri iaitu dato Pa yg hadir dan sampaikan sendiri.Aku ada try nk start kerbau besi nie tapi x berjaya pasal starter dia guna manual. So berat sangat.Aku harap bila aku dapat pulang ke kg nanti akan aku usahakan tanah dgn menggunakan kerbau nie.... huhuhuhuhuhuh


Monday, December 1, 2008

Membeli Ikan Di Kuala Muda, kedah

Pagi Ahad yg damai dikejutkan oleh pengumunan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berkenaan semburan kabus bagi membasmi nyamuk ades di kuaters aku tinggal. maka bersegeralah kami sekeluarga lari dari asap kabus itu, so tanpa dirancang kami telah menghubungi sahabat di kulim utk menziarah dia ssekeluarga, tp dia pula mengajak kami ke kuala muda utk membeli ikan segar. maka kami pun turut serta dlm xpdc ke



kuala muda. sampai disana lebih kurang jam 10.30am. sudah ramai peraih yg tiba utk meraih hasil laut dr nelayan. kalau pandang ke laut kelihatan sayup-2 bot-2 nelayan sedang menuju ke darat. Memebawa hasil tangkapan. Di tepi pantai selain bot nelayan org ramai juga ada disana, mereka sedang memancing ikan bersama keluarga. suasana yg amat sibuk, meriah dan penuh dgn aktiviti niaga. Apa yg menariknya kat sini cara mereja menjalan urusniaga antara peraih n nelayan. caranya hanya berbisik aje. jika kena harganya maka si penjual akan bg terus kpd pembeli. kepakaran utk mentafsir berapa jumlah sesuai bg barang yg hendak dijual amat penting. sekiranya berjaya kita perlu sediakan sendiri bekas atau plastik utk membawa pulang. kami sempat mebeli ikan n ketam dgn harga murah juga. apa yg bestnya hasil laut disini amat segar n fresh kira ikan tu tak kena air batu lagi.... bila masak ikan tu rasa manis sekali ikan nie....

Friday, November 28, 2008

Panduan Set Up CCTV Menggunakan Ubuntu + Zonemider

Oleh kerana banyak permintaan saya sertakan link panduan cctv http://www.howtoforge.com/video_surveillance_zoneminder_ubuntu

Update : CCTV Sudah Berjaya.....


Syukur akhirnya aku berjaya juga melengkapkan fasa-2 pembangunan cctv di rumah aku. 2 -3 hari lepas aku berada di KL dan kebetulan duduk di rmh adik aku yg dekat dgn jln pasar (pudu). sempat aku membeli kamera cctv serta kabel dan power supply. dekat rm250 aku habiskan utk beli semua barang-2 itu. Sampai dari KL aku terus setup cctv yg sedia siap. cucuk kabel kamera dgn pc dan power on pc yg dilarikan dgn linux xbuntu serta zoneminder.



akhirnya aku buleh akses melalui pc lain. Buat masa sekarang aku dlm proses ujian utk mengetahui sejauh mn ketahan cctv aku ini. bagi mereka yg ingin melihat snap shott cctv aku aku sertakan.



Sunday, November 23, 2008

Minum Petang dan Melihat Keindahan Jambatan Pulau Pinang & Pulau Jerjak



Bagi mereka yg berasa serabut selepas waktu kerja aku cadang singgah kat sini, merupakan restoran ikan bakar yg dibina berhampiran pandai.





Banyak seafood yang djual utk para pelanggan kedai ini. Kebetulan bulan lepas aku telah membawa seorang otai dari KL atas urusan kerja site visit tapak PPU Gold Coast. Setelah habis site visit singgah disini utk berbincang masa depan. suasana yg tenang. dari sini dpt melihat keadaan jambatan pulau pinang dan pulau jerjak.