Tuesday, March 30, 2010

Dinner @ Hammer Bay Bersama Zam & Famili (Video)

Versi Vimeo

Dinner @ Hammer Bay Bersama Zam & Famili (Video) from ggvideo2u on Vimeo.



Versi Youtube


Pada sabtu lepas bro zam telah mai ke penang atas urusan mkn angin. Sebelum nie aku ada mai manjung dan kali nie dia pula mai sini. so aku bawak dia mai sini utk alas perut sebelum dia bertolak ke perak. mungkin tempat ni akan jadi kenangan , dengar khabar kerajaan nk ambik balik tanah nie. Tapi tahu jadi ke tak ... Biasa aku mkn ketam stim limau & ikan baakr best tp hari tu aku mkn rasa mcm x best pula... x cukup limau pulak rasanya... dh ler lamabat gile htr makanan.....

Sunday, March 28, 2010

Review Juicedlink Dengan Canon 5D Mark II

Masih ingat lagi gadjet yg aku beli dulu rujuk SINI masa duk ronda-ronda kat vimeo aku jumpa john nie buat review.... pasal juicedlink dgn camera canon. tak sangka juicedlink nie hebat jugak... cuma kau aje masih belum fully 100% guna lagi..

6. Canon 5D Mark II Audio Exposed - Conclusions from P3Pictures on Vimeo.

Streamyx 4Mbps Tengol Youtube Sangkut-sangku

Aku langgan streamyx 4Mbps sebulan rm170, waktu pagi line ok aje.... tgk youtube HD 720p pun lancar... masuk tengah hari dah semput..... Kat rumah aku pasang traffic graf dan kalau utube laju speed dia mesti 700Kbps keatas ... kalau bawah tu sangkut-2 ler mcm kartun yg aku upload smlm... Cuba tgk berapa speed yg aku dpt jika utube aku sangkut-2 .... bawah 600Kbps.


Saturday, March 27, 2010

Thursday, March 25, 2010

Melawat Kota Ngah Ibrahim aka Muzium Ngah Ibrahim - Matang Taiping

Peta Wiki




Balik dr makan mee udang kami sefamili singgah ke kota ngah ibrahim. Ngah ibrahim adalah jutawan melayu pada abad ke-18, kalau ikut salasilah beliau mewarisi harta peninggalan ayahnya. Kira dia tokey bijih timah melayu ler.... dan oleh kerana beliau byk jasa kt Sultqan perak maka dia diberi jawatan oleh istana (aku pun lupa apa gelaran). Bagi mereka yg pergi mkn mee udg buleh ler singgah kat kota nie. Disamping itu kita buleh berkongsi sejarah dgn anak-2 kita. Detail rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Ngah_Ibrahim dan http://en.wikipedia.org/wiki/Ngah_Ibrahim















Sunday, March 21, 2010

Mee Udang Kuala Sepetang

Selepas check out dari hotel dlm waktu t/hari perut dah keroncong x tahu nk mkn kt mn dan timbul idea dr wife cadangkan makan mee udang kt kuala sepetang. Sebelum ini pernah pergi kat kedai dkt dgn tower pemancar tp rasa x se-gah mn pun cuma udang aje banyak. Dan dgr dr member-2 sebenarnya ada st lagi kedai yg glamour. So dgn kesempatan yg ada kami mula pencarian kedai yg dimaksudkan tu...... dan akhir jumpa juga kedai tu. nama kedai tu mee udang mak jah. Tak perlu risau banyak sign board yg mereka letak tepi jln sebelum sampai.
















mygg2u @ Taiping - Taiping Lake Garden

kalau datang taiping x singgah kat lake garden x sah.... pada hari jumaat aku bersama famili ke lake garden dan kebetulan terjumpa dgn sahabat dr manjung bro zam bersama famili. Kat lake garden nie ada tmn permainan budak-2..... tp yg best gelongsor batu. anak aku dan anak zam suka sgt main gelongsor nie.... licin giler. Dan alang-2 datang sini jangan lupa naik boat utk kita ronda sekitar tasik nie. Dengan bayaran rm4 dewasa dan rm3 utk kanak-2 kita dpt naik rakit utk ronda sekitar tasik nie.

Bro zam bergambar di tugu peringatan lake garden

tugu peringatan lake garden utk mereka yg tidak tahu sejarahnya

wide view

gelongsor batu

best ....


Lepas tu naik boat ronda sekitar tasik ....

pemandang dr atas boat ke pengkalan boat

pulau tasik...

famili aku ...

suasana dlm boat ...

Renungan seorang kanak-kanak yg puas hati bila hajatnya tercapai.

mygg2u @ Taiping - Restoran De' Komae

1st day aku lunch kt taiping adalah di warung klasik de' komae.... menu yg aku pilih mee goreng dan salad melayu aku pun lupa apa nama dia. mee goreng aku buleh bg 2 star aje pasal rasa biasa masih bawah spec yg aku tetapkan. yg peliknya ada daun kucai. biasa daun kucai goreng kuew tiau baru best. tp yg menarik hiasan dalaman warung nie dipenuhi dgn barangan antik.





Bengkel DNAP di TNB Taiping


Minggu nie dekat 6 hari aku berkampung di taiping. atas urusan rasmi aku ke sana bagi menguji dan menyiapkan sistem yg baru dibina iaiut DNAP ini ada kena mengenal dgn bagi mereka yg kerja di unit planning. dengan sistem ini dapat ler kurang sikit masalah nk buat dnmp tu.... salah satu kerja yg cukup aku menyampah...... tp sistem dnap nie banyak lagi bug2 yg keluar masa duk test. sampai hari jumaat masih banyak yg perlu dibaiki lagi..... atas kertas nampak cun tp fail bab coding. foto atas programer sedang tgk server yg selalu bagi erroe semasa test run dijalankan...

Kerusi Urut Berbayar .....




Dah lama aku x singgah kat giant bayan baru, mingu lepas aku pergi jalan-2 ke sana dan baru perasan ada kerusi urut. kebetulan sambil tunggu anak duk main kat tmn kanak-2 aku layan kerusi nie.... masa duk syok layan ank yg tengah pun sibuk nk urut sama bagi rm1 bagi dia naik sendiri.... jgn kacau papa dik. hihihihihi

Kami Sekeluarga Sokong Linux.... Kempen 100 Foto Linux. Ayuh Bersama Jayakan.

Sejak mula menggunakan sistemoperasi linux ubuntu kami sefamili sudah tidak toleh belakang lagi.... os tingkap hanya digunakan di pejabat sahaja. masalah virus defrage crash dan lain-2 tidak lagi timbul. Sebagai tanda sokongan moral aku dah tampal stiker ubuntu kt kereta (dah koyak kena hujan) kat helmet motor. Dan aku jugak telah htr foto-2 berkaitan linuxhttp://www.jomlinux.com/2010/03/11/kempen-100-foto-linux-ayuh-bersama-jayakan/ Foto yg aku hantar telah pun terbit..... utk maklumat lanjut sila klik link yg aku bagi tu.



Kami Sokong Linux....

Sejak mula menggunakan sistemoperasi

Mee Udang Kubang Menerung Bertam

9 Mac baru nie aku membuat siasatan kes voltan berlebihan kat cawangan bertam bersama dengan juruteknik amin. Habiskerja, amin bawak aku ke gerai mee udang yg terletak di kubang menerung. lokasi mee udang nie agak ke dalam dr jalan besar. Harga sepinggan mee udang nie rm8 dan rasanya lain sikit dr mee udang sg dua. sapa yg dh boring mkn mee udg kat sg dua boleh cuba mee udang kat sini...rasanya ala-2 mee bandung. Yg sempoinya kedai mee nie tepi bendang/sawah padi terasa duk kt kg aku pula rasanya..... masa meniaga mee udang nie x tentu. ikut mod tokey dia aku pun pelik jugak. kalau dia nk merasa meniaga dia akan buka dan gitu sebaliknya. Aku tgk ramai pekerja kontrak yg buat jln keretapi berkembar yg selalu layan mee kat sini. Sapa nk merasa boleh ajak aku sekali utk belanja ihihihihihi dan kalau nk tahu kedai nie buka sila call tokey dia 0195419814.


Peta wiki utk panduan




mee udang full aksesori termasuk cili potong kicap

Align Center
udang besar, hirisan telur, cucur udang terasa kenyang lepas mkn.

cili potong kicap