Friday, November 28, 2008

Panduan Set Up CCTV Menggunakan Ubuntu + Zonemider

Oleh kerana banyak permintaan saya sertakan link panduan cctv http://www.howtoforge.com/video_surveillance_zoneminder_ubuntu

Update : CCTV Sudah Berjaya.....


Syukur akhirnya aku berjaya juga melengkapkan fasa-2 pembangunan cctv di rumah aku. 2 -3 hari lepas aku berada di KL dan kebetulan duduk di rmh adik aku yg dekat dgn jln pasar (pudu). sempat aku membeli kamera cctv serta kabel dan power supply. dekat rm250 aku habiskan utk beli semua barang-2 itu. Sampai dari KL aku terus setup cctv yg sedia siap. cucuk kabel kamera dgn pc dan power on pc yg dilarikan dgn linux xbuntu serta zoneminder.



akhirnya aku buleh akses melalui pc lain. Buat masa sekarang aku dlm proses ujian utk mengetahui sejauh mn ketahan cctv aku ini. bagi mereka yg ingin melihat snap shott cctv aku aku sertakan.



Sunday, November 23, 2008

Minum Petang dan Melihat Keindahan Jambatan Pulau Pinang & Pulau Jerjak



Bagi mereka yg berasa serabut selepas waktu kerja aku cadang singgah kat sini, merupakan restoran ikan bakar yg dibina berhampiran pandai.





Banyak seafood yang djual utk para pelanggan kedai ini. Kebetulan bulan lepas aku telah membawa seorang otai dari KL atas urusan kerja site visit tapak PPU Gold Coast. Setelah habis site visit singgah disini utk berbincang masa depan. suasana yg tenang. dari sini dpt melihat keadaan jambatan pulau pinang dan pulau jerjak.


Aktiviti Cuti Sabtu & Ahad Berkurung Dalam Rumah



Cuti hujung minggu nie aku duk berkurung dalam rumah duk depan pc, pasal apa? pasal nk siapkan kerja-2 pejabat. Isnin nie ada GM Review, dgn format terbaru membuat semua org pening termasuk diri ku. Kesian kat wife n anak aku x dapat pegi mana-2. Dah ler tu last week aku janji nk bawak depa p zoo tapi sayang keadaan tak menizinkan. Aku harap selepas nie aku dpt tunai janji aku kat famili... sayang maafkan abang.....

CD Ubuntu 8.10 Telah Sampai.....




Pada hari Jumaat (21 Nov 08) cd ubuntu yg aku order dari internet telah sampai. Dalam sampul surat ini mengandungi sekeping cd installer ubuntu 8.10 dan 4 keping stiker. Cd ini aku order pada bulan oktober yg lalu. x sampai sebulan ianya telah tiba dalam pos box rumah. Kalau mengikut sampul surat nie, ianya dihantar dari Netherlands (mana tempat aku pun tak tahu). Oh yaaaa sesiapa yg nak dapatkan cd ini boleh order kat https://shipit.ubuntu.com/ free aje...



tiada bayaran hanya register diri anda tu aje... bagi mereka yg tidak tahu apa dia ubuntu nie buleh rujuk kat sini Ubuntu malaysia bagi mempromosikan Ubuntu ini kepada masyarakat aku telah lekatkan sticker ubuntu pada helmet motor aku, harap orang ramai akan berminat dengan ubuntu atau sumber terbuka....

Thursday, November 20, 2008

Hadir Sidang DUN Pulau Pinang

Pada hari rabu (19/11/08) aku telah menghadiri sidang dun, tujuan ke sana adalah sebagai wakil syarikat sekirangnya ada komen mengenai masalah-2 yg dibangkitkan oleh ADUN. Suasana dlm DUN bagi aku agak suam x panas, mungkin yg panas-2 sudah berlaku sehari sebelum. Untuk masuk dlm dewan aku terpaksa memakai tali leher dan kot. Rasa segan lak pegi kerja pakai kemas mcm tu. Pada sidang tu ramia juga pemerhati-2 luar yg hadir seperti majlis perbandaran taiping, exco perak dan lain-2 lagi. Dalam dewan ini dapat kita lihat bagaimana adun yg dipilih oleh rakyat berkerja. Kepada sesiapa yg ada peluang masuk ke sidang dun atau parlimen mereka patut hadir. tgk sendiri gelagat wakil rakyat. Apa yg aku dpt simpulkan hari ini adalah st sejarah dlm hidup aku. Sori ler aku x dpt ambik foto pasal tiada kamera. nanti aku try link foto sidang dun tu..

Sunday, November 16, 2008

Perbankan Islam Mahal & Zalim?

Kita selalu dengar rungutan org ramai mengenai perbankan islam yg mahal. Ini menyebabkan mereka terus menggunakan produk bank² konvensional. Adakah itu betul? Dengarkan penjelasan menarik Ust Zaharuddin Abd Rahman


Padang Kota Lama, Pulau Pinang



Petang ahad tiada aktiviti yg berjalan pada sebelah pagi... hanya mengadap pc aje sambil melayan firdaus. Petang tadi br keluar jalan-2 lokasi yg dituju padang kota lama. Selain tempat riadah bersama keluarga ada juga astaka makanan yg disediakan oleh Majlis bandaran. Antara menu yg top adalah pasembur. org kata pasembur kat sini glamer. tp bagi aku x ler sedap sangat mungkin bg mereka yg br sampai penang x tahu nk pilih kedai mn. Selesai mkn pasembur yg di cas rm25 sepinggan x habis nk mkn pasal kami 2 org aje. dan air 3 gelas air (sirap limau, teh limaus ais n milo ais) dikenakan rm4 ringgit. air semua x best, tawar n x pekat. mungkin depa nk kaya cepat ko.



Ok laaaa tu bab makan. selepas mkn kami duk layan anak yg kemaruk nk main geluncur. sedang duk main dia tgk ada org jual buih belon apa lagi nak ler belon tu. kopak rm10. Kat sini ada ramai penjaja yg jual mainan kanak-2, so bg mereka yg nk mai sini kena ler sedia duit ut diri sendiri n anak-2.kat bawah nie sedikit video sempat aku rakam kat sana..

youtube.com


vimeo.com

Sepetang Di Padang Kota, Penang from mygg2u on Vimeo.

White Balance Perbezaan Antara Auto & Manual

Video dibawah adalah contoh video yg menggunakan auto white balance & manual white balance, WB amat penting bagi kamera video, sekira white balance (WB) kamera itu betul maka gamabr/video yg dihasilkan amat cantik warnanya... Jum tgk perbezaan antara auto & manual WB



disertakan link yg menerangkan lagi berkenaan WB KLIK SINI

Thursday, November 13, 2008

Komen UZAR Pasal Perlaburan Internet

MUngkin kuliah ini memberi info kepada mereka yang sedang mencari jawapan....

Adakah saya terlibat dengan Uptrend ? Demikian fitnah pelabur-pelabur Internet setelah harta Riba mereka berkurangan kerana difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Apa pula komen ringkas saya kepada plan perniagaan Jai Network.

Bagi yang merasakan ingin mendengar ulasan ringkas, sila dengarkan petikan video di sini. Di petik dari ceramah saya pada 1 April 2007 di Surau As-Syakirin, Bandar Utama. Sila klik baca seterusnya untuk mendengarkannya.



Adakah saya terlibat dengan Uptrend ? Demikian fitnah pelabur-pelabur Internet setelah harta Riba mereka berkurangan kerana difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Apa pula komen ringkas saya kepada plan perniagaan Jai Network.

Bagi yang merasakan ingin mendengar ulasan ringkas, sila dengarkan petikan video di sini. Di petik dari ceramah saya pada 1 April 2007 di Surau As-Syakirin, Bandar Utama. Sila klik baca seterusnya untuk mendengarkannya.





http://www.zaharuddin.net

Halim & Co. Mai Penang...

Pada 9hb Nov 2008, sahabat dari KL telah datang ke Penang kerna memenuhi jemputan kenduri kawin rakan mereka.... selepas habis kenduri mereka lepak kt padang kota utk makan pasembuq dan lepak-2 seketika sebelum blah ke KL... aku sempat merakam gelajat mereka bertiga di padang kota...

Tuesday, November 11, 2008

Zoo Taiping Lagi

Nie adalah kali ke-2 pergi zoo taiping dgn famili, ambik video sambil naik keretapi. Tak silap aku aku shoot video ni pada bulan jun 2008. Edit dgn edius 5 saja nk try godek-2 edius nie....

Monday, November 10, 2008

Ubuntu 8.10 64bit Version @ Intel Q9450 & 4GB DDR2


Akhirnya aku mengambil keputusan utk install ubuntu atas pc nle, reason pasal nk rasa kebestnya main 64bit nie, apa yg aku dpt rasa kepantasan membuka program amat terasa sekali.....cuma yg x ada ialah nk buat ediitng atas ubuntu aku belum jumpa cara lagi..... dulu pernah install ubuntu version video editing tp x leh lawan yg window version. patut ke aku install wine utk run atas pc nie... apa-2 pun releks dulu aku nk try aje...

Saturday, November 8, 2008

Update : CCTV @ Ubuntu Berjaya Akhirnya...


Syukur kepada Allah SWT, akhirnya aku berjaya menyiapkan projek cctv ini, pada peringkat awalnya s/w zoneminder ini tidak dapat memaparkan visual dari kamera kerana kesilapan setting. Mungkin kerana kefahaman bahasa english meyebabkan aku kurang maksud yg ditulis dlm forum-2 anatarabangsa. Namun apa yg penting adalah usaha, tekun, jgn putus asa dan rajin merncai maklumat dlm internet. Enjin pencari Google adalah sifu yg senyap tp bila ditanya banyak ilmu yg dicurahkan. Betul kata pepatah melayu "mana nak dapat sagu jika x pecahkan ruyungnya". Untuk projek seterusnya aku nk buat port foward modem adsl ini agar boleh aku melihat keadaan rumah semasa aku di luar. Semoga berjaya....

Tuesday, November 4, 2008

" HEART'S DESIRE " NON-STOP LIVE ENTERTAINMENT !!


" HEART'S DESIRE " NON-STOP LIVE ENTERTAINMENT !! adalah kepunyaan member aku, dia telah tubuhkan groupnya tersendiri bernama Heart's Desire. Bersuara lunak dan mempunyai tahap kerja yg profesional. Sesiapa berminat nk panggil beliau boleh ler hubung En. Helmi. Keterangan lanjut boleh lawati atau masuk kat Heart Desire Offical Website

Update : Projek CCTV Sedang Berjalan.....

Projek cctv yg aku rancang sdg berjalan tetapi masih belum berjya kernan tiada keluar visual pada zoneminder (zoneminder adalah free software utk dvr). Masalahnya visual pada s/w Xavtv ada keluar gambarnya tetapi pada zoneminder tiada.... mungkin aku kena banyak belajar lg dlm selok belok ubuntu n zoneminder.... sudah puas aku selongkar laman-2 web yg berkenaan zone minder nie tapi masih x berjaya..... tunggu perkembangan selanjutnya.


Sunday, November 2, 2008

Tutorial: Building The $14 Steadicam by Rodney Smith

Salah satu projek yg akan datang iaitu Steadicam... kalau berjaya mungkin dpt jual kat malaysia pun ok dah... vimeo.com


Tutorial: Building The $14 Steadicam from Rodney Smith on Vimeo.

Trailer Budak Kelantan " Aaaaa tak amerika laa saing dengan budok masjid "



Sinopsis:
Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.



Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.

Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.

Intrepid Ibex (Ubuntu 8.10) Sudah Aku Miliki....


Akhirnya sejak semalam aku x tidur pasal baru aje install ubuntu baru iaitu Intrepid Ibex (logo kambing tanduk panjang).... sejak smlm juga aku menyeting apa-2 codec n update utk menjadikan pc aku nie sbgi pc multimedia berasaskan linux base.

KLIA - Melihat Kapal Terbang Mendarat

Video nie semasa aku berkursus kat PD pada mac 2008 lepas, bawak semua anak isteri. Habis kursus aku lepak kat kepala landasan airport di KLIA banyak betui kapal terbang nak landing....



Saturday, November 1, 2008

Barang Order Sudah Sampai... DVR PCI card

Pada 22 Oct lepas aku order barnag dari Ebay, barang yg aku beli adalah dvr card utk projek cctv yg akan datang. Kos beli adalah dalam RMM67 aje pos ke malaysia adalah percuma. Aku tgk barang yg sama kat jalan pasar pudu (kl) dekat dgn rm100, barang nie datang dr hong kong dan disertakna pci kad dvr tu, cd driver n software dan 4 biji kepala converter bnc to composit.
Lanie aku tgh duk godek-godek kad nie dgn pc ubuntu aku, dan kalau jadi aku akan online cctv kat internet utk melihat kawasan rumah aku walau dimana aku berada....


Video Zoo Taiping Part 2 - Naik keretapi......

Ok yang nie video lama yang dah lama terperap dalam hardisk pc nie, so aku edit sikit n convert ke h.264 utk upload kat youtube, pada bulan berapa nyah ler tapi tahun 2008 aku dan famili perg ke zoo taiping utk kali kedua, so kali ini aku ambik ideo semasa atas keretapi zoo tu. jika visual yg nampak tu x elok sori ler aku pun masih belajar n plan nk cari tripod utk videocam. Hope korang tgk ler video tu jika x ada kerja.



p/s :-
Utk high kualiti klik kat video tu kedian keluar page youtube pilih yg watch high quality