Sunday, August 3, 2008

Pengalaman Naik Bas Nice Exec Coach...



Pengalaman naik bas Nice Exc. Coach dari KL ke Penang. Tiket bas nie brharga rm58 woooo mahal ler, tp utk memikirkan keselesaan & nak cepat samapi penang aku korbankan juga rm58. Selain nice ada bas lain iaitu plusliner tiket harga rm26.
Kenapa aku x pilih bas lain n tak naik kt pudu, kat pudu (pudu raya) tempat yg sesak dan banyak ulat-2 disana... x senang kita dibuatnya. risau pun ada mcm-2 ada. Nice/plusliner tempat naik adalah di stesen KTM Lama kuala lumpur. Sapa-2 yg beli yg exec coach ada tempat khas utk tunggu, siap sediakan minum n makan ringan lagi.... ada yg tukang layan n tukang akat beg/bagasi.
Dalam bus yg menarik n aircond yg lembut membuat perjalanan amat tenang n selesa. Setelah bergerak beberapa minit ada pramugara bas yg mebawa minum air kotak, kemudian tidak lama kemudian ada roti sandwich ayam. Selain itu ada air manerial dan last sekali ada air neskopi. Perjalan yg lancar tiada jem di lebuh raya plus membuatkan bas ini tiba tepat jam 3 ptg kat stesen bas sg nibong penang.
Ok utk detail buleh rujuk kat website http://www.plusliner.com/

No comments: