Saturday, May 31, 2008

Dodol & Sambal Daging (Serunding) Kg Laut, Tumpat

Setelah selamat tiba ditebing sg kg laut, kami berjalan-jalan melihat sekitar kampung ini. Kelihatan deretan rumah yg dibina rapat sebelah menyebelah sahaja. Menunujukan perkampungan ini sudah lama didiami. Setiap rumah mempunyai tiang yang tinggi. Ini bertujuan mengelakan rumah dari dinaiki air. Sepanjang pemerhatian kami dikampung ini, industri pengeluaran makan tradisional iaitu dodol dan sambal daging (serunding) adalah industri yg mendapat tempat.






Ada beberapa buah kilang dodol n seruding dibina ditebing sungai. Selain itu industrian bahan mentah membuat makan ini iaitu kilang memproses kelapa turut terdapat. Dari buah kelapa hingga menjadi kelapa parut dan santan diproses disini. Bahan bakar yg digunakan adalah kayu. Kayu-kayu terdiri dari kayu getah dan kayu dari sisa binaan rumah. saya tidak nampak pun mereka menggunakan gas atau elektrik utk memasak makan ini.






kuali besar atau kawah digunakan utk memasak di atas dapur khas. Kami sempat membeli serunding dan dodol terus dari kilang dan pengeluar makan ini. Bagi mereka yg belum pernah berkunjung saya rasa tempat ini sesuai dan menarik. kalau nak datang naik bot dr pusat bandar dan terus ke kilang dodol n serunding. Anda akan mendapat satu pengalamna yg baru yg mungkin tiada di tempat lain. Indahnya negeriku Kelantan Darul Naim. Setelah selesai membeli beberapa bungkus dodol dan serunding kami menuju semula ke jeti kayu utk menunggu bot yg datang utk pergi ke seberang sana iaitu ke pusat bandar. Dan setelah sampai kami bergegas ke Pantai Cahaya Bulan utk melihat acara pertandingan beruk memetik kelapa..... adios..

2 comments:

kuda said...

asalamualaikum.
saya berminat dengan makanan yang dijual di kg saudara/saudari.bolehkah saya dapatkan no phone kilang tersebut untuk perbincangan lanjut

9w2yzi said...

Wslm... Tuan kuda.. Utk makluman ini bukan kg saya. Tuan buleh pergi ke kg laut utk melihat sendiri perusahaan mereka dan blh minta kontek dr merrka sendiri. Tq