Friday, May 30, 2008

Suasana Pagi Di Sekitar Jambatan Tendong

Pagi Jumaat 30 Mei 2008, bertlak dari rumah utk pergi ke pusat ICT kok pasir kerana ada perjumpaan ict disana . Aku behenti seketika di atas Jambatan Tendong (Jambatan Sultan Ismail Petra) , jambatan yang ke 5 (tak silap aku) yg merentasi sungai kelantan. Jambatan yang mempunyai 4 lorong (2 lorong setiap arah). Jambatan ini memberi banyak manafaat kepada penduduk-2 tumpat, wakaf baru serta sekitarnya untuk ke daerah-2 lain seperi machang, kuala krai n pasir putih tanpa memlalui bandar kota bharu iaitu menggunakan jambatan sultan yahya. Jambatan ini dihubungkan dgn lebuhraya kota bharu - pasir mas.
Suasana pagi yang nyam dan sunyi. Dibawah sana kelihatan delta kelantan yg subur, penuh dengan tanaman kontan seperti jangung, timun cina (tembikai) serta sayuran. Di dalam sungai kelihatan jentera penyedut pasir baru memulakan tugasan. Aku sempat merakamkan beberapa foto utk tatapan semua.







No comments: