Saturday, May 31, 2008

Naik Bot Penambang Dari Tambatan Di Raja Ke Kg. Laut.

Hari ini sabtu 31 mei 2008 adalah hari last aku ronda-ronda kat kota bharu sempena cuti seminggu. Jam 9.30am bertolak ke bandar kota bharu untuk menuju ke tambatan di raja. Disini ada sebuah pengkalan bot penambang. Terletak berdekatan dgn tambatan di raja & di belakang bangunan/ hotel pelangi mall. Bot ini menghubungkan penduduk kg laut di seberang sungai dalam daerah tumpat dgn daerah kota bharu (pusat bandar). Bersama dgn famili aku menuju ke arah pengkalan tersebut. Terdapat beberapa orang sedang minum air teh/kopi atau lepak kat pengkalan ini (tak sangka pulak aku kat sini ada jugak kedai kopi.)







Harga tambang bagi seorang dewasa adalah rm1 & kanak-2 rm0.60 utk sehala tapi anak aku yg berusia 4 & 3 tahun tidak kena tambang. Selain dari manusia yg menggunakan perkhimatan bot ini adlah barang-barang keperluan bagi kilang membuat sambal daging (serunding). Terdapat beberapa beg plastik yg mengandungi daging lembu utk di "convert"kan menjadi sambal daging.





setelah menunggu beberapa ketika baru pilot bot memula tugas. terdapat 7 org pengguna bot ini termasuk aku sefamili. utk hidupkan enjin mereka mengguna cara manual tanpa stater kuasa elektrik. boat mula bertolak dr jeti. pilot bot dgn santainya menggunakan kaki utk kemudi bot. suasana di tebing sg kelantan amat menasikan. penuh dgn aktiviti tersendiri. ada mesin menyedut pasir dan kanak-kanak bermain di tepi sungai. Di sebelah hulu sungai sayup-2 terdapat bangunan tesco kota bharu. Satu-satu tempat yg aku belum pergi lagi. Semasa menyusuri sungai ini kami terserempak dgn bot dr arah bertentangan yg membawa penduduk kg laut ke pusat bandar. Setelah beberapa ketika baru sampai di tebing sungai kampung laut.Terdapat 2 jeti disini satu yg lama (binaan kayu) dan satu yg baru dibina (binaan batu) tapi bot ini masih menggunakan jeti lama. Ok samapi disini dahulu catatan santai.... nanti sambung cerita setelah sampai kat kg laut. adios....




No comments: