Sunday, May 25, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan - Nasi Kerabu Daging Bakar

Menu ini adalah kegemaran aku, nasi kerabu daging bakar. setiap kali balik kg aku mesti singgah kat kedai nie, lokasi dia jalan pasir mas - kota bharu. selepas merentasi jambatan pasir mas - salor, akan jumpa satu simpang 3 kg seberang pasir mas, selepas simpang tu aje sebelah kanan jalan, nampak satu deretan kedai kayu yg ramai org itu kedai dia, service dia sangat bagus n cepat harga murah sangat comapre dgn tempat lain.
Ok pagi tadi aku order 3 nasi kerabu daging bakar, serta lauk ikan ayo (tongkol) gulai ala kelantan, sepinggan lauk daging bakar, 8 kuih donat dan 2 cawan air teh, 1 cawan air milo serta air suam (free). Kerugian adalah rm14.00 aje. Murah sangat utk perut 5 org (3 dewasa & 2 org budak) juk tgk mcm mn rupa nasi kerabu. Oh yaaaa utk makluman semua banyak warung/kedai makan pagi menjual nasi kerabu dan dalam banyak-2 ini salah satu kena citarasa aku.








3 comments:

Anonymous said...

sedapnyer

KaSih IlaHi said...

ooo.kedai ni//ambo pun beso skmo sini..kade2 dio cadang sekali nasi kerabu ngn etak..yummyyyy

Anonymous said...

Daging bakar dia memang sedap, makan dagin saja pun best...