Tuesday, May 13, 2008

Suasana Pendaftaran Pelajar baru Di Kolej Matrix Pulau Pinang (Pongsu Seribu, Kepala batas)

Isnin 12 Mei 2008, ambil halfday kerana membawa rombongan sepupu aku ke kolej matrix kepala batas. Anak sulong beliau telah berjaya mendapat tempat di kolej matrix nie. Toyota Avanza 1.3 membawa seramai 9 org penumpang. Mak aku pun turut bersama dlm rombongan tu. Kami bertolak dr rmh aku pada jam 7am dan semasa pergi jambatan x jem lagi. Sampai disana sudah banyak kereta.ada yang tidur dalam kereta dkt situ,mungkin tak tahu kat mana nak sewa hotel.kesian jugak aku tengok. mcm-mcm gelagat yg jumpa. Ada yg dtg dgn kereta mewah dan ada jugak terpaksa booking teksi. membawa beg besar yg penuh dgn pakaian n alatan-2 lain. tp yg sebenarnya mereka ibu bapa n pelajar membawa penuh harapan agar berjaya masuk ke ipta. Along seorang x-student sekolah maahad lelaki. berjaya mendapat keputusan yg cemerlang jugak. Sebelum ini dia pun pening kerana dpt 3 tawaran. UNITEN, UNIKL & matrix. last-2 dia ambik matrix kerana minat dlm sains hayat (mungkin nk jadi doktor kot)Sampai tempat daftar aku tgk suasana meriah.... terpaksa beratur panjang. bila dperhatikan rupanya ramai pelajar perempuan yg daftar yg lelaki ketara sedikit. selepas daftar mereka kena pergi ke hostel utk ambik kunci bilik n kemas bilik. Selepas tu kami semua turun semula kt tempat daftar kerana ingin membeli barang yg kurang. selain itu ada juga yg mebeli cendermata. nenek telah kerugian rm20 kerana cucu-2 dia pau nenek nk beli robot sorang satu. suasana tempat daftar meriah sekali mcm pesta jualan. mcm-2 jualan ada dr celcom 3g, kain, belon, mainan, makanan n buah-2. Ok aku perturunkan foto-2 sekitar kolej marix tu. Doa kami agar along berjaya dlm pelajaran n perjalanan masih jauh. pastikan anda pandai membawa diri n kenali yg mn kaca n permata....










No comments: