Saturday, May 31, 2008

Monkey - Plucking Coconut Competition Pantai Cahaya Bulan (Pertandingan Beruk Memetik Kelapa Sempena Tahun Melawat Kelantan 2008 di PCB)



Ini adalah last aktiviti yg aku hadiri. Acara yg aku rasa baru dlm hidup ini. Sebelum ini aku biasa tgk beruk petik kelapa tp x pernah tgk pertandingan. Pada kali nie aku dapat saksikan sendiri. Memamng syok tgk gelagat tuan beruk (gembala) & beruk itu. Bertapa arkab, setia & patuhnya beruk ini kepada tuan dia. Cara komunikasi dan cara tarik tali juga peting bagi memastikan beruk itu paham apa kehendak tuan. Acara ini apa yg aku paham beruk tesebut perlu memetik kelapa seberapa banyak mungkin mengikut masa tertentu, x silap aku 5 minit. yang mn paling banyak petik dia ler juara. Beruk ni adalah binatang liar n ganas, mereka amat garang jika kita cuba sentuh diri beruk tu dan barang-02 tuan beruk. Tp ada juga yg baik, anak aku yg sulung sempat berkenalan dgn beruk yg bernama Hitam dari Alor bakat Melor. Tuan beruk ini lupa tanya dia amat mesra dan sudi berkongsi cerita pasal beruk. Ok laaa hari dah malam, esok aku balik ke pulau pinang so kena tidur awal.... ok adios










Dodol & Sambal Daging (Serunding) Kg Laut, Tumpat

Setelah selamat tiba ditebing sg kg laut, kami berjalan-jalan melihat sekitar kampung ini. Kelihatan deretan rumah yg dibina rapat sebelah menyebelah sahaja. Menunujukan perkampungan ini sudah lama didiami. Setiap rumah mempunyai tiang yang tinggi. Ini bertujuan mengelakan rumah dari dinaiki air. Sepanjang pemerhatian kami dikampung ini, industri pengeluaran makan tradisional iaitu dodol dan sambal daging (serunding) adalah industri yg mendapat tempat.






Ada beberapa buah kilang dodol n seruding dibina ditebing sungai. Selain itu industrian bahan mentah membuat makan ini iaitu kilang memproses kelapa turut terdapat. Dari buah kelapa hingga menjadi kelapa parut dan santan diproses disini. Bahan bakar yg digunakan adalah kayu. Kayu-kayu terdiri dari kayu getah dan kayu dari sisa binaan rumah. saya tidak nampak pun mereka menggunakan gas atau elektrik utk memasak makan ini.






kuali besar atau kawah digunakan utk memasak di atas dapur khas. Kami sempat membeli serunding dan dodol terus dari kilang dan pengeluar makan ini. Bagi mereka yg belum pernah berkunjung saya rasa tempat ini sesuai dan menarik. kalau nak datang naik bot dr pusat bandar dan terus ke kilang dodol n serunding. Anda akan mendapat satu pengalamna yg baru yg mungkin tiada di tempat lain. Indahnya negeriku Kelantan Darul Naim. Setelah selesai membeli beberapa bungkus dodol dan serunding kami menuju semula ke jeti kayu utk menunggu bot yg datang utk pergi ke seberang sana iaitu ke pusat bandar. Dan setelah sampai kami bergegas ke Pantai Cahaya Bulan utk melihat acara pertandingan beruk memetik kelapa..... adios..

Naik Bot Penambang Dari Tambatan Di Raja Ke Kg. Laut.

Hari ini sabtu 31 mei 2008 adalah hari last aku ronda-ronda kat kota bharu sempena cuti seminggu. Jam 9.30am bertolak ke bandar kota bharu untuk menuju ke tambatan di raja. Disini ada sebuah pengkalan bot penambang. Terletak berdekatan dgn tambatan di raja & di belakang bangunan/ hotel pelangi mall. Bot ini menghubungkan penduduk kg laut di seberang sungai dalam daerah tumpat dgn daerah kota bharu (pusat bandar). Bersama dgn famili aku menuju ke arah pengkalan tersebut. Terdapat beberapa orang sedang minum air teh/kopi atau lepak kat pengkalan ini (tak sangka pulak aku kat sini ada jugak kedai kopi.)







Harga tambang bagi seorang dewasa adalah rm1 & kanak-2 rm0.60 utk sehala tapi anak aku yg berusia 4 & 3 tahun tidak kena tambang. Selain dari manusia yg menggunakan perkhimatan bot ini adlah barang-barang keperluan bagi kilang membuat sambal daging (serunding). Terdapat beberapa beg plastik yg mengandungi daging lembu utk di "convert"kan menjadi sambal daging.





setelah menunggu beberapa ketika baru pilot bot memula tugas. terdapat 7 org pengguna bot ini termasuk aku sefamili. utk hidupkan enjin mereka mengguna cara manual tanpa stater kuasa elektrik. boat mula bertolak dr jeti. pilot bot dgn santainya menggunakan kaki utk kemudi bot. suasana di tebing sg kelantan amat menasikan. penuh dgn aktiviti tersendiri. ada mesin menyedut pasir dan kanak-kanak bermain di tepi sungai. Di sebelah hulu sungai sayup-2 terdapat bangunan tesco kota bharu. Satu-satu tempat yg aku belum pergi lagi. Semasa menyusuri sungai ini kami terserempak dgn bot dr arah bertentangan yg membawa penduduk kg laut ke pusat bandar. Setelah beberapa ketika baru sampai di tebing sungai kampung laut.Terdapat 2 jeti disini satu yg lama (binaan kayu) dan satu yg baru dibina (binaan batu) tapi bot ini masih menggunakan jeti lama. Ok samapi disini dahulu catatan santai.... nanti sambung cerita setelah sampai kat kg laut. adios....




Friday, May 30, 2008

Etok Oh Etok ........


Semasa perjalan pulang ke rumah, aku ternampak gerai yg menjual etok. Etok adalah hidupan air tawar, rupa mcm kerang tp duduk di air tawar. Etok biasa dimasak mcm masak siput atau lalai.


Tp kat kelantan etok biasa di salai dgn dimasukan rempah-rempah seperti garam, serai, halia dan sebagainya. Mudah dapat etok salai nie, sepanjang jalan dr kg kok pasir ke wakaf baru ada gerai yg jual etok. Tapi awas etok jugak buleh membawa taun dan kepialu. hati-2 semasa mebeli. Etok dulu banyak terdapat di sungai kelantan. tapi lanie etok semkain kurang atau tiada. Menurut penjual etok yg aku beli etok ini di import dr johor dan pahang. Yer laaaa org luar dr kelantan mn mkn etok. Ok itu aje coretan aku kali ini. Adios.....


Perjumpaan ICT di Kok Pasir, Tumpat Berjaya Diadakan

Jumaat 30 Mei 2008, tepat jam 8.36am aku tiba dihadapan pusat ict kg kok pasir. kelihatan saudara edi ramli sedang menyiap sesuatu di atas meja, mungkin kudapan pada pagi itu. Setelah memberi salam, edi ramli keluar dan meyambut kedatangan aku. Aku sempat menyuruh dia memberi pos yg istimewa di hadapan pusat ict yg dibangun sendiri oleh beliau.
Di dalam pusat tersebut ada 3 unit pc yg ditelan zaman, printer canon all ini one. 1 unit swtich utk network sesama pc. Menurut edi di kawasan beliau sudah ada liputan streamyx tp line talipon tiada. itu menyukar beliau utk bergerak aktif.
15 minit kemudian sorang demi sorang rakan ict muncul, bermula dgn saudaran Ramo, arisham serta azmi changgung. Kami mula menjamu selera nasi kerabu berwarna kuning yg ada lauk ayam goreng serta dd on kerepok keping. sedap jugak rasa kerepok ini. rasa ikan amat terasa. di serikan lagi dgn air teh o suam-suam. amat menyelerakan sekali.
Semasa menjamu selera sauara ejoe datang dgn skuter beliau dan kami menjemput masuk n ajak mkn bersama. kemudian datang sorang lagi rakan persisir iaitu ramli isa dan akhir sekali cikgu wan zin.





Bermula dengan bertanya khabar mengenai tahap kesedaran ict di kawasan sekitar iaitu daerah tumpat dan masyarakat negeri kelantan amnya hingga keadaan semasa dan peringkat-2 umur yg menggunakan kemudahan ict (intenet) serta perkhimatan talian internet yg wujud di negeri kelantan. Segala pemasalahan dan kengkangan yg dihadapi oleh pengguna internet turut dirungkai. Diakhir perjumpaan beberapa rumusan telah dibuat. Tepat jam 12 t/hari kami semua bersurai.

Catatan dan rumusan ini boleh di akses melalui pautan di bawah:

Gambar Perjumpaan

http://www.kokpasir.com/tahappenggunaanict.doc (format .Doc)

atau boleh melalui pautan

http://www.kokpasir.com/tahapict.html ( format .html)



Suasana Pagi Di Sekitar Jambatan Tendong

Pagi Jumaat 30 Mei 2008, bertlak dari rumah utk pergi ke pusat ICT kok pasir kerana ada perjumpaan ict disana . Aku behenti seketika di atas Jambatan Tendong (Jambatan Sultan Ismail Petra) , jambatan yang ke 5 (tak silap aku) yg merentasi sungai kelantan. Jambatan yang mempunyai 4 lorong (2 lorong setiap arah). Jambatan ini memberi banyak manafaat kepada penduduk-2 tumpat, wakaf baru serta sekitarnya untuk ke daerah-2 lain seperi machang, kuala krai n pasir putih tanpa memlalui bandar kota bharu iaitu menggunakan jambatan sultan yahya. Jambatan ini dihubungkan dgn lebuhraya kota bharu - pasir mas.
Suasana pagi yang nyam dan sunyi. Dibawah sana kelihatan delta kelantan yg subur, penuh dengan tanaman kontan seperti jangung, timun cina (tembikai) serta sayuran. Di dalam sungai kelihatan jentera penyedut pasir baru memulakan tugasan. Aku sempat merakamkan beberapa foto utk tatapan semua.