Thursday, July 24, 2008
Syukur Alhamdulilah Alat Ganti Sudah Sampai & Mesin Basuh Kembali Normal....
Rentetan mesin basuh yg knob telah haus pada bahagian dalam beberapa harilepas. Pada malam kejadian tu juga aku telah melayari laman web mesin basuh berkenaan dan telah menghantar email kpd bahagian CS (customer support) utk bertanya tentan alat ganti, pada pagi isnin (21/7/08) staf fagor malaysia telah membalas email aku dan menyatakan alat berkenaan ada dan berharga RM60 dan utk kos penghantaran pula RM20 total rm80, kebetulan time tu duit claim baru aje dapat aku terus bank in ke akaun syarikat berkenaan dan scan slip bank serta email kepada CS. Setelah confirm yg mereka ada menerima duit berkenaan dan barang berkenaan dijangka sampai dlm masa 2 hari.
Pada t/hari 23 Julai 2008 pintu rumah diketuk dan brader Pos Laju dgn senggih menghantar bungkusan yg ditunggu kpd wife aku. Kebetulan aku pula berkursus kat Malim Nawar Perak. Wife terus membuka bungkusan itu dan menalipon aku tentang alat ganti itu telah pun sampai. Dari Perak aku telah tiba kt rumah dlm waktu senja. Dan selepas mandi & solat magrib. Dengan senang hati aku telah memasukan alat ganti nie at mesin. PAP.... terus melekat dgn elok. syukur masalah selesai.... dan mesin basuh aku mula beroperasi dgn normalnya, x perlu lagi player atau lain-2 lagi utk memulas tombol program ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment