Sunday, July 27, 2008

Cooler Master CM690 Casing Baru ......

Setelah dicongak budjet bulan nie & bertanya banyak kali bertanya serta membuat kajian di internet maka aku beli juga casing mid tower cap cooler master cm690 aku beli kat swiss pack bukit jambul dengan harga rm265, bagi aku harga yg aku dapat nie munasabah kerna harga kat kl adalah rm245 dan harga baru casing nie pula rm259 atas sebanyak minyak naik. Itu belum campur kos penghantaran lagi mungkin dekat rm20 lebih kena cas tambahan. So harga yg aku beli kira dah patut kalau x percaya rujuk kat low yat forum

CoolerMaster CM690 Specifications and Features
Available Color Black
Dimension (inches) (L)524.5 X (W)213 X (H)482 mm
Material Chassis: SECC, Bezel: Metal mesh+ABS
Motherboards micro-ATX / ATX
5.25" Drive Bay 5.25 x 5 (include External 3.5”x1)
3.5" Drive Bay 3.5 x 1 (5.25”to 3.5”) (External)
I/O Panel USB x 2, IEEE1394 x 1, Mic x 1, Audio x 1, eSATA x 1 (On Top, Front is option)
Cooling System Front 120mm Blue LED fan x 1, 1200rpm 17dBA
Expansion Slots 7
Power Supply Standard PS 2 / EPS 12V (optional)
UPC Code 870423006886
Warranty 2 Years

*Accommodates up to seven 120 mm fans for high-efficiency ventilation
*Removable HDD racks provide for easy assembly
*Cable management design for better cable routing and neatness
*Tool-free user-friendliness for quick maintenance and upgrade
*Roomy interior supports nVIDIA G80 SLI configuration











Makan Ayam Kenny Rogers Bukit Jambul Penang

Riadah bersama keluarga n singgah makan kat kenny roger utk makan ayam bakar.... ok laaaa

Friday, July 25, 2008

Show Magic Oleh Iman & Firdaus

Anak-anak merupakan penyeri rumah tangga pasangan suami isteri, bergitu juga aku melihat telatah anak lelaki dua org ini membuat aku kekadang hilang rasa tension.... ada aje aktiviti mereka berdua, yg terbaru membuat magic menghilangkan diri... hihihihih alah trick simple aje.... Tapi kena layan jugak bagi mereka semangat & menjadi kreatif hihihih jum tgk mereka berdua membuat show magic hilangkan diri hihihihih 2 kali lagi huhuhuhu.... ok adios

Thursday, July 24, 2008

Clip Ronda-ronda kat Queensbay Mall

Ok nie clip video yg kami sefamili berjalan-2 kat queenbay mall, penang. Masa nie baru aje beli video camera so br nk try.... hope buleh tgk ler suasana queenbay mall

Syukur Alhamdulilah Alat Ganti Sudah Sampai & Mesin Basuh Kembali Normal....




Rentetan mesin basuh yg knob telah haus pada bahagian dalam beberapa harilepas. Pada malam kejadian tu juga aku telah melayari laman web mesin basuh berkenaan dan telah menghantar email kpd bahagian CS (customer support) utk bertanya tentan alat ganti, pada pagi isnin (21/7/08) staf fagor malaysia telah membalas email aku dan menyatakan alat berkenaan ada dan berharga RM60 dan utk kos penghantaran pula RM20 total rm80, kebetulan time tu duit claim baru aje dapat aku terus bank in ke akaun syarikat berkenaan dan scan slip bank serta email kepada CS. Setelah confirm yg mereka ada menerima duit berkenaan dan barang berkenaan dijangka sampai dlm masa 2 hari.
Pada t/hari 23 Julai 2008 pintu rumah diketuk dan brader Pos Laju dgn senggih menghantar bungkusan yg ditunggu kpd wife aku. Kebetulan aku pula berkursus kat Malim Nawar Perak. Wife terus membuka bungkusan itu dan menalipon aku tentang alat ganti itu telah pun sampai. Dari Perak aku telah tiba kt rumah dlm waktu senja. Dan selepas mandi & solat magrib. Dengan senang hati aku telah memasukan alat ganti nie at mesin. PAP.... terus melekat dgn elok. syukur masalah selesai.... dan mesin basuh aku mula beroperasi dgn normalnya, x perlu lagi player atau lain-2 lagi utk memulas tombol program ....

Sunday, July 20, 2008

Mesin Basuh Yang Patah Pemutar Program....

Pada malam tadi aku hendak membasuh baju anak-2, bila siap masukan sabun pada mesin basuh dan aku dgn rakusnya memulas pemutar program apa lagi terus bunyi krack, rupa-2nya pemulas nie telah haus kat bahagian dalam dia.... kompen lepas nie wife aku kena guna player utk guna mesin nie.







Untuk rekod mesin ini kami beli masa mula-2 kawin dulu iaitu pada mac 2003, eeemmm dekat 5 tahun dah mesin berjasa kepada famili aku..... moral dari kisah nie org lelaki (suami) jgn duk gatal sentuh mesin basuh kalau jarang-2 basuh baju.... walau apa pun aku dah email kat iCare@fagor.com.my utk bertanyakan spare part mesin nie.... ok sapa nk tgl mesin basuh aku meh tgk... mesin basuh muatan depan Fagor FE-538, kelebihan mesin nie jimat air & pakaian lebih bersih dr mesin muatan atas. Cuma dia ambik masa lama untuk membasuh. Adik beradik aku kt kl semua pakai mesin muatan depan bagi mereka pernah guna mesti tahu keleibihan mesin jenis nie....

Famili Day CMC & PP&P TNB Penang Di Pantai Batu Feringgi

Pada 19 Julai 2008, aku & famili telah menghadiri famili day di pantai batu feringgi bertempat di Beach Cafe satu tempat yg sempoi.... utk disinggah jika ke batu feringgi (rujuk peta wikipadia)



Majlis yg dianjurkan oleh unit CMC & PP&P TNB Penang. Terima kasih kepada mereka yg sudi menjemput aku walaupun aku bukan dr unit mereka. Majlis bermula dlm pukul 4.30ptg diserikan dgn pelbagai aktiviti yg menarik seperti lari bawak bola ping pong, lari kaki tiga dan sebagainya. Pada malam pula diadakan karoke dan paling ditunggu adalah BBQ, menu BBQ adalah ayamQ & kambingQ huhuhuh. Terima kasih kpd kawan kita saudara Razak yg sudi menyumbangkan seekor kambing, aku walaupun perasaan berbelah bagi utk makan kambingQ kerana aku kn kontrol mkn pasal darah aku dah naik atas nasihat doktor. Dan akhirnya aku tewas dgn bau aroma kambing tu.... apa lagi aku makan lerrr.... huhuhuhhu balik dr majlis tu kepala aku dah berdenyut dan tidur malam bukak baju lagi huhuhuhuh ok nie ada video clip masa kat majlis tu..... sori geng video camera aku head kotor maka hanya sikit aje yg se,mpat aku ambik.... hope dgn clip yg sikit ni dpt korang nikmatinya ok.....



HIGH QUALITY KLIK SINI


Nie foto dari kamera rakan aku Izali aka Si Pitong




Wednesday, July 16, 2008

Exec Forum 12-13 julai 2008 Di kelab Cinta Sayang, Sg. Petani Kedah.

Pada 12-13 Julai 2008, aku n the geng opis aku telah berkampung kat kelab cinta sayang, kompeni aku telah membuat exec forum bagi tahun ini dan selain itu program team building turut diadakan selepas habis forum berkenaan. Semua yg hadir dibahagikan beberapa group, dan pada malam hari semua group kena buat persembahan kebudayaan. macam-2 gelagat yg dapat kami semua saksikan. Ada bakat yg terpadam terus, kaki keras mcm mawi mula-2 join AF pun ada huhhuhuhu. OK kat bawah ini ada clip video yg sempat aku muat dlm digital kamera aku.



OK yg nie adalah foto-2 semasa exec forum k sg petani, dari saat kami tiba dan berkumpul sebelum mendengar amanat GM kami. Selepas perbentangan kertas kerja kami bereti rehat utk lunch. Pada petang pula acara team building diadakan kat taman tema air iaitiu THE CARNIWAL bersebelahan di Kelab Cinta Sayang.












Pada sebelah malam selepas dinner setiap group perlu membuat persembahan kebudayaan, mcm-2 gelagat dan bakat yg terPADAM buleh kita lihat huhuhuhhuhu...... riuh rendah dlm dewan merparti 2 dibuatnya. Antara pesembahan kebudayaan dibuat dikir barat anak tupai, joget pahang, boria, tarian ayam dan lain-2 lagi.






Pada hari terakhir, kami dibawa ke kandang kuda utk melihat mcm mn nk jaga haiwan kuda nie, mcm-2 tool digunakan utk senggarakan bulu kuda nie & kami berpeluang utk memberi mkn kepada kuda nie, aku pun try jugak beri kuda mkn ihihihhihihi......
Selepas kandang kuda, acara main golf dan memanah turut menjadi agenda team building nie. Aku pun terasa kegianan main golf. Pasal percubaan aku yg pertama berjaya. terasa release segala masalah aku bila memukul bola golf. ada eknik sebenarnya main golf nie. Memanah pun syok juga tapi peluang dibrikan terhad. Pasal org ramai tp busur pula terhad.... Diakhir majlis diadakan peyampaian hadiah kepada group yg menang pada acara-2 yg diadakan sepanjang 2 hari 1 mlm. Team aku tak dapat apa-2 hadiah pun..... Oleh kerna majlis berakhir pd t/hari acara makan buta pun turtu diadakan hihihhihihi...... setelah semua kawan-2 check out dari hotel n pulang, aku bersama 2-3 org rakan singgah sekejap kt kolam kelab, apa lagi kami mandi sakan ler maklum laaa kat penang mn ada kolam free, Hujung minggu aku dihabiskan kat kelab nie... dekat pukul 4 ptg ahad baru aku sampi rumah n terus tidur akibat letih.....











Saturday, July 12, 2008

Siaran Tertunda : Pertandinagn Beruk Memetik Kelapa

Peetandingan beruk mememetik kelapa diadakan sempena tahun melawat kelantan 2008. Kami sekeluarga kebetulan balik kampung masa itu mengambil peluang untuk hadir meyaksikannya. Diadakan di PCB resort kota bharu kelantan pada 31 mei yg lalu. Ok jum pakat tengok bg mereka tidak pernah melihat beruk memetik kelapa mari tgk video ini, kalau nk real lagi jum mari kelantan negeri yg kaya dgn budaya.



untuk high kualiti sila klik di sini

Thursday, July 10, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan : Mee Mamak Plus Sotong (Mee Mohamed)

Petang tadi terasa lapar yang amat sangat, maklum laa t/hari tadi aku x makan apa-2 pun pasal ada demo peralatan baru. Semasa buat site visit aku singgah kejap kat pantai seagate (tempat belangkas lepak). Disepanjang pantai nie ada beberapa penjaja yg yg meniaga makanan setiap petang. Antara menu yg diniagakan adalah kuih muih, kerepok, pisang goreng, bihun sup char kuw tiau, cendol air kelapa dan etc. Ok kali ini aku telah singgah kat satu penjaja iaia Mohamed Mee. Penjaja ini berniaga makanan mamak. Pasembuer dan mee mamak sotong adalah core bisniz dia. Aku telah mengorder sepinggan mee mamal special plus sotong extra dan air kelapa ,uda original (tanpa gula n air). Harga yg dikenakan adalah RM7.50 semuanya. Tempat ni yg best kerana kita dpt tgk kenderaan n gelajat org ramai yg lalu lalang disepanjang pantai seagate. Dan dibelakang pula adalah laut, kelihatna disebelah kiri kanan aku ada perahu nelayan dan diseblah kanan bot-bot yg sedang membuat kerja-kerja awan bg pembinaan jambatan kedua pulau pinang (tak pasti pulak aku samada projek ni dah berjalan ke tak )










Berbalik cerita pasal mee mamak ni, apa yg aku perhatiakan kandungan dlm mee mamak nie adalah berbeza dgn mee goreng melayu. mee mamak hanya ada sambal sotong kering, cucur udang, taugeh, asam limau, kentang rebus dan kicap serta sambal cili (yg dibuat sendiri)tak lupa jugak telur yg digaul sekali ketika memasak. Kalau mee goreng melayu terutama dikelanan sekurang-2nya ada daging/ayam, udang, sotong idup, kobis, sawi etc lg.... ini bezanya mee mamak dgn mee melayu. ok