Pada 25 Disember sampai 29 Dis 2008, 2 famili ipar duai telah datang bercuti ke penang. Sorang dr klang, selangor (Jack & cik anie) dan sorang lagi dr tanah merah, kelantan (Mie & Kak Mun). setelah dekat 3 hari duk kat penang keluarga kak mun nak balik awal kerana nak urus hal-2 sekolah anak-2 mereka. Pada 27 dis kami telah membuat rancangan utk berkelah di sg sedim sambil menghantar keluarga kak mun sehingga simpang kulim hightech. Utk rekod ini adalah kali kedua aku prgi ke sg sedim sila rujuk posting terdahulu
Kali ini kami datang lewat sikit dan port yg strategik semua org lain dah sapu maka duk ler yg kurang strategik tp utk mandi budak-2 kecik ok. setelah semua barang-2 diturunkan sebuah khemah didirikan bg menandakan yg port tu telah dibook.
mcm biasa aku menjadi tukang penghidup api bagi menyalakan arang utk acara bbq. anak-2 kecil apa lg semua pakat tukar baju n mr. jack menjadi pengawas anak-2 kecil yg mandi. kaum ibu mcm biasa menggunakan kuasa mulut utk membuatkan kerja. Sambil update cerite-2 sensasi huhuhuhuh. Selain berenang aku brsama Mr. Jack telah menyewa 2 biji tiub tayar lori. Dan kami jadikan pelampung tu sebagai katak dan kami bermudik dr hulu sungai ke hilir.... fuuhhh best siot penuh cabaran. Sapa-2 yg pernah berkayak mesti tahu mcm mn rasanya. Arus sg sedim yg banyak jeram-2 kecil membuatkan kami kekadang terbabas. Mr. Jack pulak terhantuk batu sungai sampai benjoi.....
alhamdulillah sepanjang perkelahan ini tak ada perkara yg tak diingini terjadi.namun ada jugak satu famili yg berhampiran dgn kami anak diorang hampir lemas mungkin terlalu teruja nak mandi dan tak biasa dgn tempat tu,namun sempat di selamatkan.oleh itu aku nak ingatkan sapa2 yg bawa anak2 mandi dkt air terjun ke ,pantai ke jangan duk leka sangat dan sentiasa perhatikan anak2 anda maklumla budak2 bukannya tahu jaga diri yg diorang tahu happy je.ok nanti bila ada masa aku datang lg tp kali ni nak bermalam di sini pulak. video dibawah nie adalah aksi aku bersama jack bermain pelampung kat jeram sg sedim. huhuhuhuuhu enjoy....
Bagi mereka yg nk tahu lokasi tempat nie aku sertakan GPS location kawasan nie : N = 05 Deg. 24.359 minit E = 100 Deg 46.412 minit
7 comments:
salam..suka rasanya org luar pun dah ramai tulis pasal sedim...sy ni anak sedim baru jer nak menulis tentangnya.. huhu..
Adam,
tempat nie best ler.... dan cantik part yg aku suka bermain pelampung kat jeram syok oooooo..... kau cukup bertuah pasal lahir kat sini.
main pelampung(tubing) ..itu kalau ayaq banyak..kalau musim panas..kering...huhuhu sakit ler badan terhantuk kat batu.. tp kalau ada anak kecik..awasi mereka ye..kalau ujan biarpun renyai2 jer..lekas2 naik ke darat..never ever berada dalam sungai masa ujan..takut kepala air..dah ramai mangsa nya
Adam, thanks for info pasal langkah-2 kselamatan tu.
dah tak p sedim ka? kalau ada mesti tulis tau..pastu bagitau saya..boleh letak link d blog http://sungaisedim.blogspot.com saya tu.
Sori adam bizi skt... ramai sedara mara dtg rumah hjg minggu plan memang nk p
macam mana..dah p balik sedim tu ?
Post a Comment