Saturday, October 18, 2008

Gathering Raya Member-2 Lama

Pada 12 Syawal 1429H yag lepas aku dan isteri telah mengadakan rumah terbuka di kuaters kami tinggal. Menu yang kami sediakan laksa penang, nasi dagang dan kuih-2 raya yang isteri aku buat (rujuk posting yg lepas)

Dibawah ini adalah bahan-bahan mentah untuk membuat nasi dagang. Bermula dari kelapa yang diparut secara manual. Harap korang kenal peralatan yang digunakan utk memarut kelapa. Koghe nyior (kukur kelapa) alat trandisional yang pratikal dan patut ada setiap rumah org melayu. kalau tak ada x lengkap ler rumah korang.(sambil tu leh wat senaman sekali)






Kemudian beras nasi dagang dicampur sedikit pulut utk menstabilkan dia agar tidak terlalu lembik. Beras ini dibeli semasa kami balik raya tempoh hari.Beras ini direndam semalaman agar lembut dan sedap dimakan. Dalam kuali pula adalah ikan ayo (ikan tongkol aka kayu) yg direbus dgn nesea kerek (nisan). Kelapa yg dikukur dibahagian 2 satu utk digoreng sebagai kerabu nasi dagang dan sebahagian besar diperah utk dapatkan santan bagi memasak nasi dan gulai ikan ayo tadi.

Sambil masak nasi dagang, kami sediakan bahan-2 laksa penang, kuah laksa penang dah siap malam tadi agar bila dimakan esok hari semua bahan-2 akan sebati dan baru ler ade kick. Aku hanya tolong beri sokongan logistik aje. Lelain isteri aku yg handle. Setelah masak maka kami sediakan hidangan dan menanti rakan-2 yg hadir. Foto dibawah menceritakan suasana hari itu.tak ramai yg dijemput kerana ia lbh kepada re-union kengkawan tempat kerja lama aku,yg best ada yg sanggup mai dr aloq staq .terima kasih atas kunjungan anda semua dan maaf sekiranya ada yg kekurangan di pihak kami.





No comments: