Wednesday, October 22, 2008

Makan @ William (Gerai Makanan Barat)

Pada 21 Oktober aku ke PJ utk hadiri meeting losses, malam tu aku berteduh rmh kak ipar di klang Tmn Putra dan keluar makan kat Gerai William di Kelana Jaya. Maklumat pasal gerai makan nie aku jumpa kat bincang.net kebetulan ada meeting kat KL so aku singgah aje... Berpandukan peta wikimapia.org



Bertolak aku dari Tmn Putra klang ke Kelana jaya dan berjaya jumpa lokasi kedai ni. Memang tgk tempat ni mcm biasa aje. Pandangan pertama tgk kedai nie mcm kedai cina aje, bila tgk penlaggan yg lain baru nampak melayu yg pakai tudung so kompen nie ler kedai yg disebutkan tu. Masuk dalam aku mula-2 pilih kat meja tepi kedai tapi kat meja tu bau semacam aje so beralih kat dlm kedai dia baru ler x ada bau. Kebetulan hari tu hujan customer x ramai yg mai. So aku order ler 3 cawan air suam + milo ais utk anak aku, dan makannan aku order nasi goreng ayam dan beef steak well done.







Beberapa ketika sampai ler makan yg dipesan bila tgk kuantiti n kualiti (rasa)
wau..... banyak gile n sedap jugak. Nasi goreng ayam boleh dimakan dgn 4 org dewasa saiz aku serta lauk ayam yg 2 rasa (ayam goreng madu & ayam goreng rempah). Beef steak plak sampai dgn 2 pinggan. Steak yg saiz 1 1/2 saiz tapak tangan aku bersertakan sos cendawan dan sepinggan lagi bawang besar goreng celup tepung bersos thai & potato bakar yg diletak daging cincang sos spageti serta cendawan cincang. Aku makan steak tu samapi ada balance sikit yg tinggal pasal x larat nk kunyah. steak tu aku share, 50% aku makan, 20% - utk wife aku & 20% lagi utk kak anie (kak ipar aku) nasi gorenag ayam juga dishare dengan 4 org ( 2 dewasa & 2 budak) tu pun ada balance sikit yg tak habis.







Ok kos kerugian yg ditanggung adalah RM57.00 (Beef steak - rm30, nasi goreng ayam - rm25 & milo ais - rm2) Kalau sesiapa yg nk pegi aku suggest boleh p, kalau p jgn tgk pada persikataran tgk pada makanan yg dihidangkan. Tokey tu nama William dan sempat berbual-2, aku kata kat dia aku dpt tahu dr internet pasal gerai dia. Dia senyum aje apek tu. Dan aku bagi tahu aku datang dr penang pasal urusan kerja apa lagi singgah ler kat kedai dia.






Ok sesiapa nak tgk menu-menu yg ada kat gerai apek nie masuk sini Menu @ William dan utk kesana sila rujuk Map to William

1 comment:

CIK NANA said...

Salam kenal. Cik Nana datang carik review psl william. yummy! bila la boleh pegi.. ;p