Tuesday, October 28, 2008

Rakaman Rumah Terbuka Opis Aku....

Ok akhirnya siap juga video nie....enjoy

Syam & Co. @ Penang....24-27 Okt 2008

Pada jumaat lepas abg aku yg no 3 telah mai ke penang atas urusan kerja dan kebetulan pada hari tu aku masih lagi berada di klang... oleh itu t/hari sabtu aku bergegas pulang ke penang. Mcm biasa dia n famili menginap kat B Suite d Bukit Jambul. Aku sampai jam 8 mlm pasal kebetulan hari tu aku deman. Mcm biasa ler mereka tempat-2 yg menarik mcm naik feri makan-2 p balik pulau mandai pantai kat pulau betong etc......















Willian Sekali Lagi......

Malam kedua kami datang lagi kat william n order yg havy sikit, kali nie meat ball carbonara, lamb chop, nasi goreng ayam pandan serta air anggur laici. Nak tgk mcm mn rupanya jum tgk bawah.....











Wednesday, October 22, 2008

21 Oktober 2008 - Selamat Hari Lahir Untuk Diriku.......


Smlm adalah hari lahir aku yg ke 32 tahun..... x sangka penjam celik dah 32 tahun dah umur aku.... dari baby sampai ler jadi bapak baby dah aku lanie..... Mcm biasa tiada sambautan hari jadi utk aku..... yg ada pun dah buat semasa rmh terbuuka opis aku tu pun utk semua org yg lahior bulan sept & okt. Apa-2 pun selamat hari lahir utk aku.

Makan @ William (Gerai Makanan Barat)

Pada 21 Oktober aku ke PJ utk hadiri meeting losses, malam tu aku berteduh rmh kak ipar di klang Tmn Putra dan keluar makan kat Gerai William di Kelana Jaya. Maklumat pasal gerai makan nie aku jumpa kat bincang.net kebetulan ada meeting kat KL so aku singgah aje... Berpandukan peta wikimapia.org



Bertolak aku dari Tmn Putra klang ke Kelana jaya dan berjaya jumpa lokasi kedai ni. Memang tgk tempat ni mcm biasa aje. Pandangan pertama tgk kedai nie mcm kedai cina aje, bila tgk penlaggan yg lain baru nampak melayu yg pakai tudung so kompen nie ler kedai yg disebutkan tu. Masuk dalam aku mula-2 pilih kat meja tepi kedai tapi kat meja tu bau semacam aje so beralih kat dlm kedai dia baru ler x ada bau. Kebetulan hari tu hujan customer x ramai yg mai. So aku order ler 3 cawan air suam + milo ais utk anak aku, dan makannan aku order nasi goreng ayam dan beef steak well done.







Beberapa ketika sampai ler makan yg dipesan bila tgk kuantiti n kualiti (rasa)
wau..... banyak gile n sedap jugak. Nasi goreng ayam boleh dimakan dgn 4 org dewasa saiz aku serta lauk ayam yg 2 rasa (ayam goreng madu & ayam goreng rempah). Beef steak plak sampai dgn 2 pinggan. Steak yg saiz 1 1/2 saiz tapak tangan aku bersertakan sos cendawan dan sepinggan lagi bawang besar goreng celup tepung bersos thai & potato bakar yg diletak daging cincang sos spageti serta cendawan cincang. Aku makan steak tu samapi ada balance sikit yg tinggal pasal x larat nk kunyah. steak tu aku share, 50% aku makan, 20% - utk wife aku & 20% lagi utk kak anie (kak ipar aku) nasi gorenag ayam juga dishare dengan 4 org ( 2 dewasa & 2 budak) tu pun ada balance sikit yg tak habis.







Ok kos kerugian yg ditanggung adalah RM57.00 (Beef steak - rm30, nasi goreng ayam - rm25 & milo ais - rm2) Kalau sesiapa yg nk pegi aku suggest boleh p, kalau p jgn tgk pada persikataran tgk pada makanan yg dihidangkan. Tokey tu nama William dan sempat berbual-2, aku kata kat dia aku dpt tahu dr internet pasal gerai dia. Dia senyum aje apek tu. Dan aku bagi tahu aku datang dr penang pasal urusan kerja apa lagi singgah ler kat kedai dia.






Ok sesiapa nak tgk menu-menu yg ada kat gerai apek nie masuk sini Menu @ William dan utk kesana sila rujuk Map to William

Saturday, October 18, 2008

Majlis Harijadi & Rumah Terbuka Opis Aku 17 Syawal 1429H







17 Syawal unit opis aku telah membuat open house, satu dewan opis kami booking, disamping open house turut diadakah majlis harijadi yg dibuat awal 1/2 jam dr majlis utama. Aku hari tu telah diangkat dgn diri sendiri menjadi mc majlis, seramai 6 orang staf unit kami yg lahir pada bulan september n oktober. Tapi hanya 3 org aje yg hadir utk terima hadiah n potong kek.

Menu hari tu banyak juga, mee udang, laksa penang, roti jala, sata dan lain-2. Ada juga kuih-2 raya yg staf lain bawak dr rumah, aku pun tutrut serta membawa kuih-2 dr rmh. Majis bermula jam pukul 11am - 3pm. Ramai anggota kerj a yg mai rumah terbuka unit kami. Syok aje tgk suasana yg meriah n tak putus-2 kunjung tiba para tetamu... ok korang tgk ler sendiri foto-2 yg aku upload....






Opsss lupa yang foto 2 last tu adalah staf-staf sama team dgn aku.... hanya aku n boss aje lelaki yang lain semua kaum hawa... huhuhuhuhhu

Gathering Raya Member-2 Lama

Pada 12 Syawal 1429H yag lepas aku dan isteri telah mengadakan rumah terbuka di kuaters kami tinggal. Menu yang kami sediakan laksa penang, nasi dagang dan kuih-2 raya yang isteri aku buat (rujuk posting yg lepas)

Dibawah ini adalah bahan-bahan mentah untuk membuat nasi dagang. Bermula dari kelapa yang diparut secara manual. Harap korang kenal peralatan yang digunakan utk memarut kelapa. Koghe nyior (kukur kelapa) alat trandisional yang pratikal dan patut ada setiap rumah org melayu. kalau tak ada x lengkap ler rumah korang.(sambil tu leh wat senaman sekali)






Kemudian beras nasi dagang dicampur sedikit pulut utk menstabilkan dia agar tidak terlalu lembik. Beras ini dibeli semasa kami balik raya tempoh hari.Beras ini direndam semalaman agar lembut dan sedap dimakan. Dalam kuali pula adalah ikan ayo (ikan tongkol aka kayu) yg direbus dgn nesea kerek (nisan). Kelapa yg dikukur dibahagian 2 satu utk digoreng sebagai kerabu nasi dagang dan sebahagian besar diperah utk dapatkan santan bagi memasak nasi dan gulai ikan ayo tadi.

Sambil masak nasi dagang, kami sediakan bahan-2 laksa penang, kuah laksa penang dah siap malam tadi agar bila dimakan esok hari semua bahan-2 akan sebati dan baru ler ade kick. Aku hanya tolong beri sokongan logistik aje. Lelain isteri aku yg handle. Setelah masak maka kami sediakan hidangan dan menanti rakan-2 yg hadir. Foto dibawah menceritakan suasana hari itu.tak ramai yg dijemput kerana ia lbh kepada re-union kengkawan tempat kerja lama aku,yg best ada yg sanggup mai dr aloq staq .terima kasih atas kunjungan anda semua dan maaf sekiranya ada yg kekurangan di pihak kami.