Friday, June 26, 2009
Muhammad Fateh Iqbal Nama Yang Dipilih.
Smlm aku dah daftar kelahiran anak aku di pejabat jpn. Dan nama yang dipilih ialah Muhammad Fateh Iqbal. Muhammad Fateh dipilih sempena nama sultan muhammad al fateh yg berjaya membuka kota kostekenapel. Seorang pemerintah yg adil, kuat agama dan penuh wawasan. Cerita psl sultan nie ada aku tulis pada keluaran yg lepas.
Tuesday, June 23, 2009
Baby Kena Deman Kuning
Tengahari tadi doktor memaklumkan kpd kami yg baby sudah kena deman kuning. Deman kuning nie buleh dikesan melalui analisa darah atau perubahan kulit secara fizikal. Tapi better ambil sempel darah utk confirmkan status darahnya. Bagi mengurangkan deman merebak baby diletakan dibawah cahaya lampu uv. Kesian aku tgk baby nie, mata dia terpaksa ditutup bagi mengelak cahaya uv tu kena pada mata. menurut doktor baby, deman kuning amat bahaya kerana kesannya adalah pd otaknya nanti. Pemerhatian aku juga dapati ramai ibubapa abaikan masalah deman kuning pd baby mereka, mereka suka guna cara lama utk rawat kuning nie. Dan mereka melihat perubahan kulit aje utk pastikan kuning dh hilang ke belum bukan dgn pegambilan sampel darah. Semoga baby kami nie cepat semboh......
Hari Ke2 Bersama Baby Baru....
Hari nie adalah hari ke 2, aku dan wife berumah dihospital. Menu mkn pagi adalah nasi, ikan bakar tawar n sup sayur. Dan masa menjamu selera cik misi yg comel dtg membawa baby yg dh bangun utk diberi susu ibu.
P/s : yg baju oren tu adalah tukang perabih nasi ......
P/s : yg baju oren tu adalah tukang perabih nasi ......
Monday, June 22, 2009
Syukur Semuanya Selamat..... Baby Boy
Tepat jam 5.23am tadi wife selamat melahirkan baby boy yg beratnya 3.5kg. Syukur kpd ALLAH SWT atas kurnianya. Kepada wife terima kasih atas segalanya..... saya sayang awak...
Menanti Ketibaan Orang Baru Part1
Jam 2am aku dikejutan oleh wife yg dia dh terasa sakit perut. aku dgn coolnya kejutkan mak aku utk bagitahu siap sedia ke hospital. Setelah siap semuanya aku bertolak ke hospital dlm jam 2.30am. Dalam perjalanan tu wife tenang aje. Aku pun drive mcm biasa. Dlm 10 minit sampai ler kat hospital pakar perdana kota bharu. Masuk kt pintu kecemasan kami disambut oleh misi yg comel. Walaupun dia nampak ngatuk tp makeup dia masih maintain dan segar. kami dibawa ke tingkat atas utk masuk ke wad bersalin. masuk bilik aje misi wad bersalin menyuruh wife menukar baju dan duduk atas katil. Setelah selesai semuanya. Misi tadi mula memasang alat utk monitor denyutan jantung baby n tahap kesakitan ibu. Setakat nie dia masih lg duk dlm bilik tu dan menanti saat-saat kehadiran orang baru. EOR
Saturday, June 20, 2009
Balik Kampung..... Musim Durian Daaaa....
Hari ini aku berada dikampung, aktiviti pagi hari adalah mencari durian di dusun dekat rmh, dusun x ler besar sangat tp takat nk mkn n jual sikit-2 tu boleh laaaa. Aku bersama anak-2 pergi mencari durian dibawah pokok. matahari masih belum keluar lg tp samar-2 buleh namapak ler tanah tu. Hanya 3 biji aje yg luruh pagi nie. Dan pagi nie aku breakfast dgn durian sebiji, Aku sebenarnya x suka mkn durian isi tebal-2 aku suka durian kg yg nipis. psl kita dpt pulun 2-3 biji.
Friday, June 19, 2009
Jerebu Dah Mai....
Balik dari kes CSI aku berenti jap atas penang bridge, snap beberap foto jerebu sedang melanda penang. Emmmmm x lama lg ramai ler org yg batuk deman. Psl jerebu.
CSI Rumah Terbakar....
Petang smlm aku dilantik menjadi salah seorang anggota penyiasatan bg kes rumah terbakar di pekan darat. Kes nie berlaku pada bulan febuari lepas dan dia telah membuat aduan so kami kena siasat laaa......
Thursday, June 18, 2009
Kuih Talam n Laksa Pokok Ketapang Pondok Upeh Balik Pulau
Hari rabu aku pergi ke balik pulau utk melihat kawasan yg sesuai utk dijadikan tapak projek yg baru. Habis kerja singgah kat gerai laksa pokok ketapang. Gerai nie selain laksa ada juga jual kuih talam. Kuih nie rasa sedap, manis n lemak. Kira aduanan santan dan bahan lain cukup sempurna. Bila dimasukan dlm mulut, terasa manisan kuih nie cair dan anda dpt rasakan nikmatnya huhuuuhh...... Psl laksa aku mkn rasa biasa aje, x blh lawan yg pokok ganjus punya, cuma laksa sini dia bg banyak n puas mkn, ulam laksa pun lengkap cuma kuah aje x berapa kena dgn taste aku tp not bad laaaa. Ok sapa mai penang buleh ler merasa ok...
Peta lokasi.....
Peta lokasi.....
Bowling Hour
Selasa kelmarin opis aku ada buat perlawanan bowling di megamal seberang perai bersama media. Aku x permah main bowling sebelum so balingan aku byk msk longkang dr jatuhkan pin tu. Dekat pukul 11 pm aku blah psl x tahan dah ngatuk gile. Apa2 pun ini adalaj pengalaman baru aku.....
Wednesday, June 17, 2009
Osram Night Breaker Pada myWira
Seperti yg dijajnjikan oleh airline (lowyat.net) bulb yg diorder telah sampai dlm t/hari selasa. Dibungkus dgn elok dan kemas sekali.
Balik dari kerja aku terus pasang bulb nie kat kereta wira aku. Mlm tu aku keluar ke sebrag prai kerna ada jemputan perlawan bowling. Dan aku buka lampu keretaku nahhh...... cahayanya terang berderang. dan sekeliling kawasan diteranginya. kalau dgn bulb lama cahyanya tidak sekuat ini. Warna lampu yg dikeluarkan adalah kekuningan putih (mcm kebanyakan lampu kereta honda baru) bukan cahya putih terus. Setakat ini jalan yg aku test diterang dgn cahaya lampu jln. Nanti jumaat nie aku try balik kg dan boleh tahu mcm mn prestasinya nanti.......
Monday, June 15, 2009
Osram Night Breaker
2 hari lepas baru aku perasan kereta aku bulb lampu depan dah kaput...... so plan nk tukar bulb baru cari-2 kt tenet jumpa st bulb nie osram night breaker.
Video promo
Video user review
Subscribe to:
Posts (Atom)