Tuesday, September 2, 2008
Ronda-ronda Pulau Aman Dengan Famili Abang Dari Pucchong
Lokasi kejadian
Peta Jeti Baru Di tanah besar
Peta jeti lama n lokasi kedai mee udang di pulau aman
OK sehari sebelum puasa yakni 31 Ogos 2008 keluarga abg aku yg duk pucong telah datang ke penang. Oleh kerna 31 ogos 2008 cuti umun maka aku ajak mereka pergi ke pulau aman utk melihat suasana perkampungan nelayan di pulau kecil. Untuk pergi ke jeti baru anda perlu masuk ke highway plus menuju exit tol batu kawan dan selepas itu cari ke arah stadium batu kawan sampai di bulantan ambik pusingan jam 12 dan terus aje sampai ke jeti, bila parking jgn lupa bayar rm2.00 aje. Utk sampai ke pulau aman kita perlu menaiki bot dari jeti baru di batu kawan, bg dewasa tambang adalah rm6 (pergi balik) bawah 13 tahun kn tambang budak rm4.00. Perjalanan dr tanah besar ke pulau ambil masa dlm 10-15 minit. Sampaidisana aku dapat lihat aktiviti pendudk tempatan. Kelihatan beberapa penduduk kg kecil besar lelaki perempuan sedang mengasingkan kepah atau lokan dari kulit kerang/siput laut. Emmmm banyak sungguh lokan nie terasa nk beli st plastik utk buat juadah bersahur nanti.
Selepas itu kami berjalan lagi ke dalam pulau menuju ke telaga mas, sebuah telaga yg berdekatan dgn laut tp air dia x masin cuma payau sikit. ada sejarah pasal telaga mas nie korang baca ler sendri.
Selepas tu aktivi mandi laut.... pantai sini x ada ler landai mcm tebing sungai aje... ada banyak batu. Sekitar kawasan nie penuh kaum keluarga yg lain berkelah ada aktiviti mengail n menjala ikan. anak aku n anak sedara pun turt serta dlm acara mandi laut. Seepas mandi laut kami singgah ke kedai runcit utk membeli belacan original buatan pulau aman. Harga rm4 seketul.
Setelah shopping belancan kami singgah ke kedai makan yg glamour kat sii mee udang, rasa biasa aje tp mungkin udang yg dihidangkan tu fresh so tu yg membuat dia glamour. Kami mengorder 9 pinggan mee udang dan 9 air limau kasturi madu dan kos kerugian tak sampai rm50.00
Selepas makan solat zohor n terus ke jeti utk naik bot n pulang ke tanah besar. Balik dari Pualau aman kami ke balik pulau utk perkena laksa pohon janggus n perkena abc serta pisang goreng. Selepas tu kami lepak kat pusat pendaratan ikan di pulau betong. dekat senja baru kami balik rumah n berehat, Pada 1 ramadan abg aku sekeluarga telah bersahur dipenang dan pada pukul 10am pagi 1 September mereka pun pulang ke Puchong dengan menaiki feri....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ronda sakan hang nooo..mat u buntu
hihihihhi... best wooo
Kawe kene ko baju Abe demo...
Huhuhuhuhuu liar mato demo nuha...
Post a Comment