Sunday, September 27, 2009

Catatan Perjalanan Balik Raya Pada 17 September 2009

4 hari sebelum syawal tiba aku dah mula bertolak dari penang menuju ke kampung, selepas bersahur dan solat subuh kami bertolak dr sungai ara menuju ke jambatan utk meninggalkan pulau pinang. Raya kali nie aku balik dgn ikan. Kereta kelisa yg aku beli utk wife sebelum puasa dari seorang rakan.

Perjalan awal pagi amat tenang skali. sepanjang perjalanan tidak terlalu banyak kenderaaan yg pulang pada 17 september mungkin ramai yg masih berkerja lagi. sepanjang perjalanan dalam lebuhraya timur barat ada sekali kejadian kenderaan terbalik mungkin tayar x grip elok dan dipandu laju semasa selekoh.

sampai kat pulau banding nak masuk first jambatan aku tgk ada satu tugu tentera dan replika kereta kebal. aku ambil kesempatan utk berenti rehat sekejap. Sempat aku ambik beberapa foto anak aku dan sepupu dia kat depan tugu nie. sambil-2 tu aku duk baca sejarah tentera darat menerangi penganas komunis yg dicatatkan di tugu peringatan nie. terdapat juga nama-2 perwira negara yg gugur. Al- Fatihah aku ucapkan kepada mereka.
Setelah berehat 10 init aku mula kembali perjalanan.... Semasa memasuk pekan bukit bunga 9hadapan stesen timbang JPJ) trafic jem seketika. aku ingat ada rock blok rupa-2nya pihak keselamtan jalan raya sedang membahagi hamper raya kepada anak perantau dan aku tidak kecuali mendapat hamper dan stiker utk berhati-2 dijalan raya semasa musim perayaan. Dalam pukul 10.37am sampai aku kat rmh mertua di kampung tok che dol dalam daerah tanah merah.

2 comments:

Unknown said...

pulau banding tempat aku lepak dulu ...tenang disini
kat banding sini memang kuat eksiden ..mu balik guna jalan nie hati-hati sikit...jalan berminyak

9w2yzi said...

memnag damai pun.... zam tq for info nantri aku bagi hg budu sebotol sbgi upahnya..