Balik kampung kali nie sungguh tidak membosankan... banyak aktiviti yg aku buat. Utk pasang mobile rig n antena nie aku telah mendapat tips-2 dr rakan arkab seperti ustaz z, cikgu yo dan 9w2awq. Dan sedikit panduang kat youtube. Dan dibawah nie beberapa foto yg sempat aku ambil utk dijadikan guide rakan-2 ham yg baru nk berjinak-2. TAPI AWASA PASTIKAN ANDA TAHU APA YG ANDA BUAT ....
Monday, July 19, 2010
Petai Jeruk Home made ...
Aku seblum balik kg aku ke kl dulu utk hadiri sukan teknikal di ilsas. So balik ikut karak - k.lipis -gua musang - kkrai - kbru. semasa kt kuala krai aku sempat borong satu bundle petai utk aku bawak balik kt mak n dijadikan stok petai jeruk.... ok dibawah step by step mcm mn proses petai jeruk... layan
Petai jeruk - stok utk bulan puasa dan utk menu nasi kerabu.
DIY membuat petai jeruk ..... huhuhuhuh.
1) cari petai yg sedang-2 (dapatkan saiz besar)
2) rebus air dan bila dah panas masukan petai mentah tadi dan celup biar nampak kaler hijau bertukar jadi kuning hijau tp awas jgn over cook .
...3) selepas toskan petai tu dan bila sejuk picit keluar petai dr kulit.
4) bila dah siap picit rendam dgn air sejuk bersama asam gelugor selama 2 malam.
5) lepas 2 mlm toskan dan masukan biji petai dlm balang kaca/plastik dan masukan sikit garam (utk tahan lama sila masukan banyak garam) tp jgn over sangat nanti masin.
6) selepas tu masukan air masak sejuk (suhu bilik) dan tutup dgn kemas....
7) lepas tu buleh layan seleaps 2 week
Sunday, July 18, 2010
Belajar QSO & Echolink Dgn 9W2AWQ
Cuti balik kg aku berkenalan dgn abg mawi klasik (9w2awq)dan rakan-2 ham arkab, dan banyak ilmu ham aku timba dr abg mawi. Ibarat bayi yg belajar bertatih aku bertanya macam-2 kat abg wie nie... dibawah nie abg wie ajar mcm mn nk berQSO (atau berkomunikasi) dgn rakan-2 ham di echolink (skypee/YM bagi ham radio)
Sunday, July 11, 2010
Jum Beli Durian Di Kebun Durian
Video yg sempat aku ambil semasa membeli durian di kg genting balik pulau ...
Set Up Dapur BBQ Tesco
Pagi ahad aku sekeluarga dimulakan dgn aktiviti pasang dapur bbq tesco. dapur nie aku dh beli 2 bulan lpeas tp x guna. hari kebetulan wife nk masak nasi kerabu aku pun ajak anak-2 utk joint bersama psg dapur nie.... dgn cara ini hubungan bapa n anak dpt di eratkan dan mereka dpt belajar sesuatu dari papa mereka .
Seketika DI Kuala Sungai Burung ... Balik Pulau
Last week aku n famili ke kuala sungai burung utk cari ikan segar... tp sayang gerai jual ikan dah tutup. Dan aku tukar pkan, ajak ank yg sulung pergi bergambar di kuala sg burung. Suasana yg tenam dan angin sempoi-2 bahasa menerkam ke arah kami. Bau selut laut kurang enak di hidu... tp keindahan n keasyikan kebiruan air laut melupakan bau yg kurang enak tu. Seketika sebelum fajar menyising kami berangkat pulang sambil membungkus laksa pokok janggus,,,
Perjumpaan ( -Eye Ball) Radio Amatur Wilayah Utara
Eye ball yg pertama kali aku join sejak dpt callsign 9w2yzi ..... ramai otai-2 ham utara yg turun kt sini. aku just dengar aje tp yg selalu duk dengar depa duk sebut pasal wiskey ... wiskey... dan yg syoknya dengar pengalaman otai ham yg duk main HF. Mereka dulu banyak buat sendiri peraltan ham maklum laa zaman dulu mn ada broadband. Bagus jugak kalau jumpa mereka kerana banyak ilmu teknikal yg buleh kita sedut.
Sepetang Bersama TNB @ KADUN Pulau Betong, Balik Pulau Penang
petang semalam ada event di kawasan adun pulau betong aku turut serta bertugas bagi pastikan majlis ini berjalan dgn lancarnya. syukur semuanya selamat
Mobile Rig - ICOM IC-2200H
Nie ler rig yg baru aku dpt dr en nabil kenalan dr ipoh ... tq bro nabil. nanti mai penang aku belanja hg mkn nasi ulam budu wakwakwakwkaw...
Monday, July 5, 2010
9W2YZI - Callsign Aku
Syukur berkat kesungguh mencari ilmu akhirnya aku ditemukan dgn rakan ham yg aku sendiri x pernah jumpa..... terima kasih kpd bro z & w atas bantuan beliau berdua yg sudi membantu aku menjayakan misi menjadi ahli ham. mungkin ini satu titik permulaan aku dlm dunia ham. x lupa juga anuaq skmm yg sudi bg info-2 berguna. Semoga hasrat aku menjadi ahi ham dpt diterima oleh rakan ham yg sedia ada. hari ni aku berjaya mendapat lesen ham dr pihak skmm dan callsign aku 9W2YZI .....
Thursday, July 1, 2010
AWAS ... Hati-hati dengan Tiang Lampu Yang Tiada Penutup
Kepada rakan dan tetamu blog aku jika anda ternampak tiang lampu yg tiada penutup pada ruang tambatan kabel pastikan jangan di dekati atau diusik kemungkinan dawai/kabel yang anda namapk itu dlm keadaan hidup. Awasi lah anak anda agar tidak dekati atau cuba bermain dikawasan berkenaan dan hubungi pihak berkenaan agar tindakan pembetulan dapat di ambil
Subscribe to:
Posts (Atom)