Setelah habis shooping singgah kat petronas utk mengisi minyak, setelah selesai urusan mula bertolak kembali, sepanjang jalan timur barat banyak kenderaan yg sedang menuju ke arah barat. Majoriti adalah kenderaan rombongan pengantin, maklum laaa la nie musim kenduri kawin. Perjalanan tersekat seketika semasa nak menghampiri kawasan kedai bukit bunga, ini di sebabkan banyak kenderaan yg berhenti membeli belah barangan siam. Setelah berjaya melepasi jem kecil kereta wira aku meluncur laju menuju ke arah banjaran titwangsa.
Terdapat kenderaan yg sangat santai atas jalan menyebabkan kenderaan beratur panjang. aku tgk line clear terus potong. Semasa dalam penjalanan terdapat 4 kes kemalangan melibatkan kereta. Kebanyakana kereta terbabas dai jln raya dan terus masuk dlm belukar tepi jln.
Berkenaan liputan telepon mudah alih aku dapati celcom yg berkuasa sepanjang dlm hutan timur - barat ini. Dari jeli sampai ke grik line celcom sentiasa ada n full bar. Mcm mn x penuh sepanjang jalan ada aje tower pemancar celcom. Kami sampai di pulau pinang pada jam 10pm. Angkat semua barang dan tidur dgn penuh kelitihan.
No comments:
Post a Comment