Ada beberapa buah kilang dodol n seruding dibina ditebing sungai. Selain itu industrian bahan mentah membuat makan ini iaitu kilang memproses kelapa turut terdapat. Dari buah kelapa hingga menjadi kelapa parut dan santan diproses disini. Bahan bakar yg digunakan adalah kayu. Kayu-kayu terdiri dari kayu getah dan kayu dari sisa binaan rumah. saya tidak nampak pun mereka menggunakan gas atau elektrik utk memasak makan ini.
kuali besar atau kawah digunakan utk memasak di atas dapur khas. Kami sempat membeli serunding dan dodol terus dari kilang dan pengeluar makan ini. Bagi mereka yg belum pernah berkunjung saya rasa tempat ini sesuai dan menarik. kalau nak datang naik bot dr pusat bandar dan terus ke kilang dodol n serunding. Anda akan mendapat satu pengalamna yg baru yg mungkin tiada di tempat lain. Indahnya negeriku Kelantan Darul Naim. Setelah selesai membeli beberapa bungkus dodol dan serunding kami menuju semula ke jeti kayu utk menunggu bot yg datang utk pergi ke seberang sana iaitu ke pusat bandar. Dan setelah sampai kami bergegas ke Pantai Cahaya Bulan utk melihat acara pertandingan beruk memetik kelapa..... adios..
2 comments:
asalamualaikum.
saya berminat dengan makanan yang dijual di kg saudara/saudari.bolehkah saya dapatkan no phone kilang tersebut untuk perbincangan lanjut
Wslm... Tuan kuda.. Utk makluman ini bukan kg saya. Tuan buleh pergi ke kg laut utk melihat sendiri perusahaan mereka dan blh minta kontek dr merrka sendiri. Tq
Post a Comment