Friday, November 28, 2008
Panduan Set Up CCTV Menggunakan Ubuntu + Zonemider
Oleh kerana banyak permintaan saya sertakan link panduan cctv http://www.howtoforge.com/video_surveillance_zoneminder_ubuntu
Update : CCTV Sudah Berjaya.....
Syukur akhirnya aku berjaya juga melengkapkan fasa-2 pembangunan cctv di rumah aku. 2 -3 hari lepas aku berada di KL dan kebetulan duduk di rmh adik aku yg dekat dgn jln pasar (pudu). sempat aku membeli kamera cctv serta kabel dan power supply. dekat rm250 aku habiskan utk beli semua barang-2 itu. Sampai dari KL aku terus setup cctv yg sedia siap. cucuk kabel kamera dgn pc dan power on pc yg dilarikan dgn linux xbuntu serta zoneminder.
akhirnya aku buleh akses melalui pc lain. Buat masa sekarang aku dlm proses ujian utk mengetahui sejauh mn ketahan cctv aku ini. bagi mereka yg ingin melihat snap shott cctv aku aku sertakan.
Sunday, November 23, 2008
Minum Petang dan Melihat Keindahan Jambatan Pulau Pinang & Pulau Jerjak
Bagi mereka yg berasa serabut selepas waktu kerja aku cadang singgah kat sini, merupakan restoran ikan bakar yg dibina berhampiran pandai.
Banyak seafood yang djual utk para pelanggan kedai ini. Kebetulan bulan lepas aku telah membawa seorang otai dari KL atas urusan kerja site visit tapak PPU Gold Coast. Setelah habis site visit singgah disini utk berbincang masa depan. suasana yg tenang. dari sini dpt melihat keadaan jambatan pulau pinang dan pulau jerjak.
Aktiviti Cuti Sabtu & Ahad Berkurung Dalam Rumah
Cuti hujung minggu nie aku duk berkurung dalam rumah duk depan pc, pasal apa? pasal nk siapkan kerja-2 pejabat. Isnin nie ada GM Review, dgn format terbaru membuat semua org pening termasuk diri ku. Kesian kat wife n anak aku x dapat pegi mana-2. Dah ler tu last week aku janji nk bawak depa p zoo tapi sayang keadaan tak menizinkan. Aku harap selepas nie aku dpt tunai janji aku kat famili... sayang maafkan abang.....
CD Ubuntu 8.10 Telah Sampai.....
Pada hari Jumaat (21 Nov 08) cd ubuntu yg aku order dari internet telah sampai. Dalam sampul surat ini mengandungi sekeping cd installer ubuntu 8.10 dan 4 keping stiker. Cd ini aku order pada bulan oktober yg lalu. x sampai sebulan ianya telah tiba dalam pos box rumah. Kalau mengikut sampul surat nie, ianya dihantar dari Netherlands (mana tempat aku pun tak tahu). Oh yaaaa sesiapa yg nak dapatkan cd ini boleh order kat https://shipit.ubuntu.com/ free aje...
tiada bayaran hanya register diri anda tu aje... bagi mereka yg tidak tahu apa dia ubuntu nie buleh rujuk kat sini Ubuntu malaysia bagi mempromosikan Ubuntu ini kepada masyarakat aku telah lekatkan sticker ubuntu pada helmet motor aku, harap orang ramai akan berminat dengan ubuntu atau sumber terbuka....
Thursday, November 20, 2008
Hadir Sidang DUN Pulau Pinang
Pada hari rabu (19/11/08) aku telah menghadiri sidang dun, tujuan ke sana adalah sebagai wakil syarikat sekirangnya ada komen mengenai masalah-2 yg dibangkitkan oleh ADUN. Suasana dlm DUN bagi aku agak suam x panas, mungkin yg panas-2 sudah berlaku sehari sebelum. Untuk masuk dlm dewan aku terpaksa memakai tali leher dan kot. Rasa segan lak pegi kerja pakai kemas mcm tu. Pada sidang tu ramia juga pemerhati-2 luar yg hadir seperti majlis perbandaran taiping, exco perak dan lain-2 lagi. Dalam dewan ini dapat kita lihat bagaimana adun yg dipilih oleh rakyat berkerja. Kepada sesiapa yg ada peluang masuk ke sidang dun atau parlimen mereka patut hadir. tgk sendiri gelagat wakil rakyat. Apa yg aku dpt simpulkan hari ini adalah st sejarah dlm hidup aku. Sori ler aku x dpt ambik foto pasal tiada kamera. nanti aku try link foto sidang dun tu..
Sunday, November 16, 2008
Perbankan Islam Mahal & Zalim?
Kita selalu dengar rungutan org ramai mengenai perbankan islam yg mahal. Ini menyebabkan mereka terus menggunakan produk bank² konvensional. Adakah itu betul? Dengarkan penjelasan menarik Ust Zaharuddin Abd Rahman
Subscribe to:
Posts (Atom)